Friday, November 29, 2013

Bekerja Atau Surirumah

Aku ni salah seorang daripada isteri yang tak bekerja atau senangnya cakap surirumah la..Ramai je kawan-kawan aku yang bekerja. Tipu la kalau cakap aku takde rasa nak kerja kan. Tapi buat masa ni kat sini tak banyak sangat peluang pekerjaan jadi susahla sikit nak dapat kerja kan. Kalau ada pun, jauh dari tempat kerja suami.

Sekarang ni tempat kerja suami dekat sangat dengan rumah. Lunch hour boleh balik makan kat rumah. Waktu pagi biasanya aku sibuk sikit la, kena masak cepat sikit sebab suami nak balik makan. Kadang-kadang makan luar jugak bila aku tak sempat masak atau tiba-tiba badan tak larat.

Eh, bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya. Melalut. ok camni. Biasanya isteri yang bekerja ni, kerja sebab nak tolong suami kan. Ok, yang ni aku faham. Nak-nak bagi yang duduk kat bandar besar macam KL tu, lagi la besar perbelanjaan sekeluarga. Apa yang aku nak tulis ni apa yang aku lalui dan pendapat aku.

Kan sekarang ni sibuk dengan isu taska dera budak la, apa la kan. Ada la pulak yang komen cakap apa kata ibu-ibu ni berhenti kerja dan jaga anak sendiri. Ibu-ibu yang bekerja ni mestila ada alasan sendiri kan. Tapi kenapa nak melenting sampai cakap kau bolehla laki kau kaya, kau takyah kerja, laki bagi elaun setiap bulan untuk shopping. Em, kat sini aku nak komen sikit. Suami aku tak kaya. Suami aku tak bagi elaun banyak pun tiap-tiap bulan untuk shopping. Lagipun kalau tak shopping tiap-tiap bulan, boleh mati ke? Sorry, kasar sikit. Gaji suami aku pun tak sampai pun 4k. Alhamdulillah kitorang masih cukup makan pakai. Tapi kena jimat la. Kitorang berdua tak pakai smartphone. Aku pun dah bertahun tak tukar handphone. Janji aku boleh sms dan call orang yang aku sayang, tu dah cukup.

Sebenarnya tak perlu suami kaya kalau nak jadi surirumah. Kata kunci di sini sanggup tak berjimat dan tinggalkan dunia teknologi yang memerlukan banyak duit. Sanggup tak  kalau tak bercuti ke luar negara setiap tahun. Memang tipu gila la kalau cakap aku tak jeles tengok kawan-kawan bercuti ke luar negara. Siapa tak nak kan. Tapi aku faham kemampuan suami aku. Aku ada baca sorang perempuan ni cakap kalau suami dia sorang je kerja, memang mampu beli basikal je. Hish, kalau ikut lifestyle waktu dia bekerja, memang la tak boleh. Kitorang alhamdulillah ada kereta sendiri.  Cuma rumah belum ada, masih menyewa sebab kitorang bukan nak terus menetap kat Perak ni. Ni pendapat aku je ye. Bagi kawan-kawan yang baca post aku ni, jangan terasa hati. Cuma aku tak suka bila sikit-sikit cakap pasal berhenti kerja, ayat dia macam kat atas tu la. Suami kaya la apa la. Aku ulang, suami aku tak kaya. Kitorang hidup bersederhana. Astro pun takde kat rumah aku ni. Hehe.

Thursday, June 20, 2013

Sarah Menonton Wayang

Lamanya tak menulis kat sini. Kali terakhir bulan Ogos tahun lepas. Macam orang takda blog. Sebenarnya bukan takda idea. Idea tu ada tapi malas nak menaip. Punya la lama tak tulis blog daripada anak belum pandai jalan, sekarang dah boleh berlari, melompat.

Tengok pada tajuk dah tahu aku nak cerita pasal apa kan. Kitorang dah boleh tengok wayang sekarang...hehe. Dulu masa bujang, belum ada anak, memang kitorang suami isteri suka tengok wayang. Pantang ada cerita baru, mesti nak tengok. Sarah pun masa dalam perut suka kot bila pergi tengok wayang sebab dia aktif je gerak. Tak tahu la kot sebenanrnya dia marah sebab bising...haha.

Aku lupa bila kali pertama kitorang bawa Sarah pergi tengok wayang. Tapi masa tu dia dah setahun lebih la. Saja nak test. Lagipun dah lama sangat hoi aku tak tengok wayang. Rindu. Cerita yang kitorang pilih mestila cerita animasi. Takkan cerita ironman kot...hehe. Tapi hari tu kitorang layan gak Iron Man tau. Sarah pun okay je. Cerita pertama yang Sarah tengok ialah Rise of The  Guardian. Kitorang siap beli popcorn. Mula-mula masuk dia layan je cerita sambil makan popcorn. Lepas tu tidur. Bila bangun sambung balik tengok sampai habis. Hasilnya success! Boleh tengok cerita seterusnya.

Setakat ni dah 5 filem kot yang kitorang dah tengok bertiga. Semua okay je kecuali filem terakhir. Trick nak bawa Sarah tengok wayang ni, beli popcorn dan pastikan dia belum tidur..hehe. Jadi takda la sepanjang cerita dia berjaga nanti dia bosan. Last movie yang kitorang tengok, Sarah tak berapa minat dan taknak duduk diam. Sebabnya satu, tak beli popcorn dan dua, dia tak tidur. lain kali kena pastikan kedua-dua syarat ni dipatuhi.

Cerita akan datang yang pasti akan tengok ialah Monsters University. Yang ni kena tengok jugak. Aku la tu yang beria nak tengok. Hehe.