Thursday, December 31, 2009

Salon Bongok!

Menyampahnya aku tengok rambut aku sendiri skang ni
bodoh btul la cina tu...
aku dh ckp paras bahu..pegi potong atas lg ape kejadah
ei,bodoh,bodoh,bodoh

rambut aku serius tahap huduh gila skang ni
geram gila siot!
ni la kalo pergi kat salon murah
org cakap len,die pegi wat len...
bongok!!

Tuesday, September 29, 2009

Putus sudah

Akhirnya hubungan yang terbina selama ini sudah putus di tengan jalan
Sedikit pun aku tidak menyesali dengan terputusnya hubungan ini
Malah aku amat bersyukur kerana aku telah menemui pengganti dirimu

Sekian lama kutunggu hari ini
Sebelum ini keputusan ini asyik tertangguh
Tapi kali ini aku nekad
Apa pun yang akan terjadi, aku terima
Ternyata aku tidak menyesal
Penggantimu tiba sebelum hubungan ini terputus
Penggantimu yang lebih berbaloi
Terima kasih atas segalanya

Selamat tinggal...


CELCOM broadband

Saturday, September 26, 2009

......

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali
Pernahkah kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah, teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Wednesday, September 23, 2009

Celcom yang menyusahkan

Stress betul aku dengan celcom ni tau
Masa nak register,mana-mana boleh buat, tapi bila nak terminate, bukan main susah
Kena pergi centre la, apa la
Tadi aku pergi la kedai celcom kat sini (kat sini boleh buat pembayaran bil), dia kata tak boleh terminate kat sini, kat centre baru boleh
Aku tanya la, abis tu centre kat mana?
Dia jawab, melaka, batu pahat
Gilakah?
Takkan aku nak pergi jauh-jauh semata-mata nak terminate akaun je?
Hangin betul 1 badan...

Lepas tu aku call customer service
Dia cakap boleh tolong aku terminate tapi apa pun, aku kena faks gak surat cakap aku nak terminate
Aku dah hangin gak sebab mana nak cekau pulak mesin faks
Carik punya carik, mujur la ada kedai ni sediakan khidmat hantar faks
Sekarang ni tengah tungguh orang celcom call untuk apa benda aku tak tau..
Orang tu kata dalam 24 jam diorang akan call
Kalau tak call dalam masa 24 jam, memang la nak kena betul celcom ni..
Menambahkan hangin yang sedia ada..

Friday, July 31, 2009

Doktor ni biar betul

Sejak aku balik rumah ni, aku kena gatal-gatal kat badan...
Memula sikit aje, aku pun tak kisah sangat la...
Ingatkan sebab kena gigit nyamuk aje..
Tapi makin lama makin banyak...memang gatal gila la...

Sampai la hari ni aku dah tak tahan, aku pergi gak klinik..
Doktor tu pun macam blur je...
Dia kata mungkin chicken pox
Aik, masa kecik dulu aku dah pernah kena..
Bukan seumur hidup ni kita akan kena sekali je ke?
Lagipun bintik-bintik gatal tu kecik-kecik je..
Dia bagi ubat alahan dan ubat gatal untuk dimakan
Dan jugak sebotol ubat sapu..

Aku harap cepat la hilang..
Memang menguji kesabaran betul bila gatal-gatal kat badan..
Tangan memang nak menggaru je la
Aku pun tak pasti betul ke chicken pox
Chicken pox bintik besar-besar
Doktor cakap lagi kena pantang makan
Argh!yang ni paling susah
Ayam, telur, udang, sotong semua tak boleh makan..
Sedih...tapi terpaksa la kalau nak cepat baik..
Sob sob sob...

Wednesday, July 8, 2009

My heart speaks

I'm missing someone...










Missing you could turn from pain to pleasure, if I knew you were missing me too.

Wednesday, June 10, 2009

"Ikut la...."

Malas nak taip...
Baca je la kartun kat bawah ni..



Gambar ambil dari sini

Sapa-sapa yang rasa-rasa berperangai macam kat atas ni,memang sah la anda perempuan...muahahahaha

Friday, June 5, 2009

Hyperhidrosis

Hari ni aku nak cerita pasal Hyperhidrosis...
Apa itu hyperhidrosis?
Meh kita tengok pada perkataan tu..
Hyper ni mestila semua orang tahu kan..macam terlebih kot..
Hidro pulak...berkenaan ngan air la..
Hyperhidrosis ni pendek cerita orang yang terlebih berpeluh..
Ha...lebih kurang camtu la..

Apa kena mengena pulak hyperhidrosis ni dengan aku?
Mestila ada kena mengena...
Bagi orang-orang yang rapat dengan aku tahu la yang aku selalu berpeluh tapak kaki dengan tangan..
Silap-silap boleh kata macam aku dapat mukjizat keluarkan air dari celah-celah jari..hehehe
Aku baru tahu istilah ni hari ni..
Susah woo keadaan ni..lagi-lagi bila nak bersalam dengan orang..
Part ni memang kalau boleh aku nak elak..tapi kalau kena salam jugak,aku akan lap siap-siap tangan aku...
Malu seh salam dengan tangan basah..mesti orang akan geli..

Tu baru part bersalam..belum lagi part tulis-tulis kat kertas..
Selalunya memang aku akan alas tangan aku dengan kertas lain sebab kalau tak alas,memang basah la kertas tu jawabnya...haha
Tu pasal time sekolah dulu,aku pergi sekolah bawak handkerchief..nampak macam skema tak?hahaha
Peduli la kan,janji aku senang nak lap tangan aku yang berpeluh ni..
Lepas tu bila nak ambil cap jari pulak...
Adoi...memang berakhir dengan cap jari yang tak cantik..
Yelah,sebab basah kan...susah la nak dapat cap jari cantik..
Memang kena prepare la tisu...tak pun,lap habis-habis kat seluar..

Tu kisah tangan...
Kalau kisah kaki pulak,ha...sekolah kita kena pakai kasut kan..siap dengan stokin..
Katalah sekolah start pukul 730 sampai la pukul 1..
Berapa jam tu?...Lepas tu bayangkan korang pakai kasut stokin siap pastu kaki korang asyik la mengeluarkan peluh yang banyak?
Rasa-rasa apa jadi?
Bila balik sekolah,memang kecut-kecut jari kaki aku ni..hehehe
kalau aku pakai sandal,memang selalu la sandal tu tertinggal sebab kaki licin..hehehe
Jadinya sekarang ni bila nak beli sandal,aku kena cari yang tapak dia tu material yang boleh serap air..
Kalau tak,memang letih la asyik nak tercabut je..

Hari ni sambil aku main facebook,lepas tu saja-saja google sana sini,aku terjumpa 1 laman web(website le..) berkenaan 'penyakit' aku ni..
Wah,selama dekat 26 tahun aku bergelumang dengan perpeluhan secara luar biasa ni,baru hari aku tahu yang ada website ni untuk orang-orang senasib macam aku..
Nak tengok,bolehla klik sini
Memang berinformasi dan ramai jugak berkongsi cerita-cerita pahit..
Memang sebijik macam apa yang aku pernah dan sedang alami..
Menarik la untuk aku(aku je..untuk korang mungkin tak kot)
Kat situ,ada la lagi details pasal hyperhidrosis ni..
Jenis-jenis,cara nak rawat...kongsi cerita...
Situasi kat bawah ni rasanya macam terkena je kat batang hidung aku..hehehe


Gamba kredit to Wethandsclub
*klik gambar untuk paparan lebih jelas*

Kalau ada sapa-sapa yang ada masalah macam aku,boleh la tengok-tengok kat website tu..
Tu je nak kongsi untuk hari ni

Tuesday, May 5, 2009

testing

selamat pagi.. :hello:

Wednesday, April 29, 2009

Selamat sudah..

Akhirnya mirza selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam 28 April 2009..
Congrats!
Sila jangan ajar anak anda memanggil saya dengan panggilan acik ernie ye...hehe

Tuesday, April 28, 2009

Sesi meletihkan kaki di Plaza Gurney

Semalam lepas masak-masak dan lunch, pergi Plaza Gurney pulak..
Misi untuk mencari perfume..
Lama gila jalan-jalan dekat situ,letih kaki..
Kak yan kirim suruh belikan perfume kat sini..
Maklum la..segamat tu takda apa-apa pun...hehe
Giant pun baru bukak...tu pun nasib baik ada..

Mula-mula pergi kaunter Ralph Lauren..
Nak beli Polo Blue..
Tanya gift apa yang boleh dapat,lepas tu terus beli..
Lepas tu pergi kaunter Lancome pulak..
Beli perfume magnifique yang saiz 75ml untuk kak yan dan 35ml untuk aku..
Ye,botol kecik jek sebab aku takda duit..hehe

Oh,ye,sekarang ni dengan setiap pembelian rm100 kat parkson kat cosmetic & fragrance department,kita boleh dapat baucer rm10..
Jadinya semalam aku dapat baucer sebanyak rm70..
Wallah!
Sepatutnya dapat rm80 tapi sebab aku ingat tak boleh combine resit dan silap perkiraan,maka aku dapat rm70 jek..huhu

Apa aku beli dengan baucer tu?
Jeng jeng jeng...
Aku beli 1 barang ni dengan harga rm59.90..
Barang apa tak boleh la bagitau kat sini..hehe *giggle*

Rupa-rupanya dengan setiap pembelian rm500 ke atas,kita boleh apply Parkson Elite Card..
Selama ni aku tak tahu dan tak ambil tahu pun..
Yelah,mana la penah nak shopping sampai rm500..
Tapi semalam aku terbaca kat kaunter..
Apa lagi,aku pun apply la..free aje..

Free gift yang aku dapat masa beli perfume tu adalah 2 beg yang besar..
Adoi,macam mana nak bawak balik segamat..
Dahla besar..aku lupa nak fikir pasal tu semalam..
Kesimpulannya (macam karangan masa sekolah),nanti balik segamat kena claim dengan kak yan..
Kalau tak,mana nak cekau duit nak bayar semua tu..hehe

Monday, April 27, 2009

Masak-masak

Hari ni sebenarnya plan nak buat begedil je..
Tapi bila fikir balik,baik aku buat lauk lain dan masak nasik terus untuk lunch..
Jadinya aku pun pergi la ke giant untuk membeli bahan-bahan untuk memasak..
Ala...udang je pun..hehe

Menu hari ni ialah nasik lembik,sambal udang dengan begedil..
Oh,nasik lembik tu adalah disebabkan kelemahan aku...hahaha
Terlebih air la agaknya..
Sebenarnya dedua menu ni adalah 1st attempt..
Nasib baik menjadi..
Begedil ni resipi carik kat internet la...mane lagi..
Nanti boleh la main masak-masak lagi..
Tapi tu pun kalau rajin la..hehe
Sila la cuci mata dengan gambar-gamba menu hari ni..
Nasik lembik tak boleh tunjuk..hehehe


.: Ini begedil dan telur dadar :.

.: Ini sambal udang yang aku kata sedap..haha :.

Nanti kalau aku rajin masak-masak lagi,aku syer la kat sini...hehe

Friday, April 24, 2009

Facebook-ing

Hari ni aku nak cerita pasal facebook..
Ada sapa-sapa yang tak tau pasal facebook ni?
kalau tak tahu,sila la tolong update diri anda sikit..
Benda ni dah famous sangat..
Tapi kalau lepas anda join dan lepas tu terkantoi dengan suami anda,sila jangan guna nama aku ye...(sambil jeling-jeling kat mirza)..ehem,ehem

Aku mula berkecimpung dalam facebook ni bila ek..
Lupa la..masa tu ada kawan aku tanya aku ada facebook tak..
Aku dah malu-malu sebab aku tak tahu apa banda yang dia cakap ni..
Aku pun tanya facebook tu apa..
Rupa-rupanya macam friendster..
Dari situ kawan aku pun invite aku untuk join facebook..

Sekarang ni hari-hari datang je opis,mesti aku bukak facebook..
Addict kah?hehehe
Mana taknya,banyak betul application dia..
Mula-mula macam tak berminat tapi sekarang macam best..hehe
Antara application yang aku guna ialah farm town,school vandals,pet society,fish wrangler dan mousehunt..
Banyak tak?hahaha...sshhh..sila jangan bagitau ceo aku ye..
Ok apa..dari aku takda keja nak buat,bila aku main benda-benda tu,maka masa aku pon terisi..hehehe
Betul tak mirza?Aku tahu,ko pasti menyokong aku dari depan dan belakang..kikiki

Bukan setakat games je yang ada dalam facebook,kuiz-kuiz pun ada..
Kadang-kadang aku layan la jugak walaupun kuiz tu banyak merepek je soalan-soalan dia..
Tapi bolehla layan untuk bagi hiburan kat aku yang bosan kat opis ni..

Akhir kata,jom la kita ramai-ramai join facebook..
Ceh,macam ramai je baca blog aku..
Terima la serangkap pantun dari aku

Hari-hari makan kacang peas,
Cicah dengan sambal belacan,
Kalau anda rasa bosan kat opis,
Main game facebook pun menyeronokkan

Sekian,terima kasih

Thursday, April 23, 2009

Tak tahu nak letak title apa

Akhirnya aku berjaya godek-godek blog ni..
Dekat 1 hari aku menghadap coding..
So boleh kagum dengan diri sendiri..hehe

Esok adalah hari jumaat..
Lepas tu adalah sabtu..apakah maknanya kawan-kawan?
Yaa...cuti!hehehe..

Aku ingat nak potong rambut la sabtu ni..
Rimas gila dengan rambut aku yang panjang ni..(panjang ke?padahal baru lepas bahu sikit)
Nak gi potong macam dulu..kasik pendek n cute...perasan..kasik la aku can nak perasan cute..hehe

Kejap je kan dah nak masuk bulan mei..
Umur pun makin meningkat..alahai..
Bukan setakat umur meningkat,berat pun makin meningkat..hahaha
Jerawat dan kadar kegelapan kulit pun makin meningkat..
Haishh..tensi dan stress!

Pasal lagu background ni,maafla ye kawan-kawan kalau memekak je..
Nak rasa diri cute kejap letak lagu tu..hahaha

Wednesday, April 22, 2009

Penang tak best

Kejap je dah hari rabu..
Minggu depan boleh balik kampung!Yeay!
Boleh makan banyak-banyak macam mirza..hehehe
Cuti 4 hari..jadinya aku ada 3 hari untuk lepak-lepak kat rumah..
Hari isnin tu dah nak balik..
Pagi-pagi dah kena keluar rumah..
Nak balik jauh kan..selatan ke utara..
Bila la aku nak kerja dekat-dekat dengan johor
Bosan la duduk kat penang ni..
Dahla panas,makanan tak sedap..
Ada kena mengena tak dedua benda tu?hahaha

Lagi 1 aku perasan penang ni pelik..
Bayangkan diorang boleh buat kedai dekat rumah teres..
Apa la..tak faham betul..
Dah kurang ke bangunan rumah kedai kat sini sampaikan nak jugak jadikan rumah sebagai kedai..
Bukan setakat kedai,balai polis pon boleh..
Senang weh kalau rumah sebelah balai polis,confirm takda orang nak datang rompak..hehehe
Klinik pun ada..kalau demam,takyah susah-susah nak pegi klinik jauh-jauh..
Sebelah rumah aje...
Tak ke pelik tu?

Itu pasal rumah jadik kedai..
Ni pasal parking pulak..
Sistem parking penang pelik..
Selalunya aku perasan kat negeri-negeri lain,tukang collect duit parking tu mesti pakai uniform..
Jadinya nampak meyakinkan la kan kita nak bayar kat diorang..
Kat penang ni,yang tukang collect tu serabai gila..
Serius kau akan rasa macam "eh,btul ke diorang ni tukang collect duit parking"
Kadang-kadang diorang ni mintak lebih dari yang sepatutnya..
Katakan setengah jam 30sen,patutnya sejam 60sen la kan
Ni boleh pulak diorang cakap 80sen..
Aku pernah kena..tapi aku tanya la balik "eh,bukan setengah jam 30sen ke?"
Terus dia cakap 60sen je..
Tengok la,nampak sangat nak masuk poket sendiri..
Kalau nak tahu,parking kat penang ni kau kena bayar sampai pukul 10 malam..
Gila ke apa?
Biasanya kan sampai pukul 6@7@8,ni tak..sampai pukul 10..
Cekik darah betul..
Tolong la diorang ni buat sesuatu kat sistem parking ni..

Makanan kat sini pun tak sedap..
Aku rasa aku yang tak reti masak ni pun,kalau masak lagi sedap dari masakan diorang
ye,ye aku tau kenyataan tu melampau..tapi percaya la..
Duduk sini dan rasailah ketaksedapan makanan penang ni..
Aku tak faham napa orang cakap makanan penang sedap-sedap

Panjang pulak aku komplen pasal penang ni..
Tadi aku baca entry mirza..
Aku rasa aku ada bakat untuk jadi ahli nujum la..
Mungkin boleh buat part time job sebagai ahli nujum
Mirza,kalau ko tak bersalin normal,sila bayar aku sebab aku dah tolong kasik ko hint..
Tetiba jek...hahaha

Tuesday, April 21, 2009

Hari mengantuk

Bila dah cuti 3 hari,maka pagi tadi susah sangat nak bangun..
Dahla semalam ingatkan nak bangun la lambat sikit,tapi kak yan dengan cerdiknya call aku pagi-pagi semata-mata nak suruh aku harvest kebun dia..
Oh ye,bukan kebun betul-betul pon..farm town kat application facebook tu...hahaha
Aku pun dah penat main..besar gila kebun aku dah..mana nak plow,nak tanam...dahla kena buat satu-satu..
Penat nak menunggu..

Mengantuk gila la..
Sejuk kat opis ni...
Pulak tu siap ade bantal,wah,lagi la bertambah-tambah ngantuk..

Friday, April 17, 2009

Jumaat yang indah

Wah,tajuk tak boleh blah..hehe
Saje je letak tajuk macam tu sebab esok kan cuti..
Sampai hari isnin
Kenapa aku cuti isnin?
Sebab company nak save cost la konon-konon..
Mula-mula macam bengang jugak la..
Yelah,kena tolak gaji tau...huhu..
Bayangkan sebulan kurang-kurang ada 4 kali isnin..
Setiap bulan hanya dapat 1 hari AL,maka kena ambil 3 hari UPL..
Banyak weh kena tolak..
Tapi takpe la..
Bila fikir-fikir balik,orang lain ada yang kena buang kerja..
Aku kena bersyukur aku still lagi ada kerja dan dapat gaji..

Disebabkan gaji kena tolak,jadinya aku ingat nak memasak la di rumah
Bunyi macam surirumah pulak..hehe
Tapi bukan la hari-hari..
Weekend je kot..masak pun simple-simple..
Mana reti nak masak gulai ke apa..*grin*

Thursday, April 16, 2009

Macam-macam in 1

Hari ni dah hari khamis.
Syoknya sebab esok jumaat dan lepas tu yabeda bedu boleh cuti 3 hari..yeay!!

Aku asyik berdebar-debar je la..
Ada benda yang didebarkan..
Tapi tak boleh la nak bagitau dekat sini

Bosannya datang kerja bila takde kerja yang nak dibuat
Hari-hari aku melahu je depan pc ni
Mengantuk jangan cakap la
Kadang-kadang sampai mata tak boleh nak bukak..

Aku pelik la kenapa sekarang muka aku selalu tumbuh jerawat
Adakah sebab aku stress..
Sudahla banyak jerawat,makin gelap pulak tu..
Benci la