Tuesday, January 31, 2012

Sarah dan Stokin

Gila ah malam camni aku update blog
Bukan apa, tadi aku nak masuk cimb clicks susah sangat asyik high traffic je
Hasilnya dekat pukul 12 aku tak tidur lagi
Sarah dah tidur kat sebelah, kejap ke kanan, kejap ke kiri...lasak

Tajuk entry ni macam tu sebab nak cerita pasal stokin
Biasanya baby masih pakai stokin walaupun dah nak masuk 5 bulan tapi anak aku dah tak payah pakai stokin
Kenapa?sebab anak aku ni kuat gila berpeluh mengalahkan aku
Kesian pulak nak pakaikan dia stokin masa cuaca panas
Sebelum ni siang malam aku pakaikan stokin tak kira panas terik ke apa
Mendera anak betul aku ni
Mak aku cakap siang nak buat ape pakai, panas
Aku mana la tahu...haha
Sekarang hambik kau, malam pun tak pakai stokin

Baby ni tidur lasak betullah, jap lagi kena angkat letak kat tempat dia, kalau tak masuk kawasan aku
Dengan anak pun nak berkira...mestila..hihi
Dah, nak tidur, nanti nak bangun susukan anak

Friday, January 13, 2012

Sarah Sudah 4 Bulan

5 haribulan lepas, genap la Sarah 4 bulan
Badan masih slim, tapi aktif..walaupun slim tapi takda masalah sebab kenaikan berat badan dia masih normal...mungkin ikut genetik ayah, makan ikut keperluan..kalau ikut mama, makan ikut nafsu...haha
Mak dengan akak aku kat kampung dah suruh bagi makan tapi aku taknak la, tunggu 6 bulan nanti baru bagi makan
Biar dia minum susu je sekarang
Setakat ni Sarah dah boleh meniarap tapi susahla nak tengok sebab dia taknak meniarap, boleh?
Aku taknak la kata anak aku malas sebab tak baik melabel anak

Perkembangan lain dia dah boleh capai barang (ni dah lama boleh), kepala pun dah boleh tegak, nak aku duduk dekat je dengan dia dan yang paling utama dah kenal orang
Setiap kali nak masak, memang cabaran betul
Aku dudukkan dia atas rocker dan letak kat dapur tengok aku masak pun, kadang-kadang menangis kuat gila
Kadang-kadang ok pulak, tapi sekejap je la
Sampaikan aku kena masak sambil dukung dia sebab dia taknak duduk atas rocker tu
Sebelah pegang dia, sebelah pegang sudip

Bab dah kenal orang tu pulak, memang bagus la sebab dia dah kenal siapa mama kan tapi bayangkan ayah dukung pun, menangis kuat-kuat sebab nak kat aku
Selagi aku tak ambil, selagi tu menangis
Nak-nak lagi kalau aku lalu-lalang depan dia tapi tak ambil dia
Memang dia hangin satu badan
Ajaibnya bila aku letak je tangan kat dia macam nak dukung, terus diam
Hebat tak aku?haha
Memang agak manja la dia dengan aku sekarang
Nak berkepit je, nak aku duduk dekat je dengan dia
Kalau jalan-jalan, ok je pulak ayah yang bawak dalam carrier

Seronok tengok keletah dan kerenah anak ni
Walaupun kadang-kadang bisa menaikkan darah aku bila dia nangis tak tentu pasal, tapi tu pengalaman sebagai mama
I love you baby!
Eh, i love you too suami! :p