Tuesday, September 29, 2009

Putus sudah

Akhirnya hubungan yang terbina selama ini sudah putus di tengan jalan
Sedikit pun aku tidak menyesali dengan terputusnya hubungan ini
Malah aku amat bersyukur kerana aku telah menemui pengganti dirimu

Sekian lama kutunggu hari ini
Sebelum ini keputusan ini asyik tertangguh
Tapi kali ini aku nekad
Apa pun yang akan terjadi, aku terima
Ternyata aku tidak menyesal
Penggantimu tiba sebelum hubungan ini terputus
Penggantimu yang lebih berbaloi
Terima kasih atas segalanya

Selamat tinggal...


CELCOM broadband

Saturday, September 26, 2009

......

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali
Pernahkah kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah, teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Wednesday, September 23, 2009

Celcom yang menyusahkan

Stress betul aku dengan celcom ni tau
Masa nak register,mana-mana boleh buat, tapi bila nak terminate, bukan main susah
Kena pergi centre la, apa la
Tadi aku pergi la kedai celcom kat sini (kat sini boleh buat pembayaran bil), dia kata tak boleh terminate kat sini, kat centre baru boleh
Aku tanya la, abis tu centre kat mana?
Dia jawab, melaka, batu pahat
Gilakah?
Takkan aku nak pergi jauh-jauh semata-mata nak terminate akaun je?
Hangin betul 1 badan...

Lepas tu aku call customer service
Dia cakap boleh tolong aku terminate tapi apa pun, aku kena faks gak surat cakap aku nak terminate
Aku dah hangin gak sebab mana nak cekau pulak mesin faks
Carik punya carik, mujur la ada kedai ni sediakan khidmat hantar faks
Sekarang ni tengah tungguh orang celcom call untuk apa benda aku tak tau..
Orang tu kata dalam 24 jam diorang akan call
Kalau tak call dalam masa 24 jam, memang la nak kena betul celcom ni..
Menambahkan hangin yang sedia ada..