Monday, December 5, 2011

Sarah Batuk

Aku taip ni, Sarah tengah tidur atas riba, sambung tidur masa menyusu
Tadi tidur dalam buai, dah jaga, aku bagi susu, tidur balik
Kaki dah kebas tapi takpa la, janji dia selesa
Dapat dengar kuat bunyi nafas sebab dia ada kahak
Waa...sedihnya...kalau la dapat tukar batuk tu aku yang kena..:(
Kesian tengok...

Dah lebih seminggu Sarah batuk
Dah pergi 3 klinik, tapi masih macam ni
Kadang-kadang bila batuk lepas menyusu, terus muntah
Memang kesian gila la
Harapnya cepat baik, Khamis ni nak kena cucuk 3 bulan
Kalau batuk kuat, tak boleh cucuk
Mind you, bukan sebab ni je nak Sarah cepat baik, tapi tak sanggup tengok anak batuk lama-lama
Lagi-lagi dengar dia bernafas kuat, mesti tak selesa

Tengok muka dia tidur, suci je..rasa nak cium-cium, picit-picit
Dah lama dia tak tidur atas riba waktu siang
Masa dalam pantang dulu, ada jugak
Hari-hari nak tidur atas riba pun takpa Sarah,mama suka...:)

Wednesday, November 16, 2011

Pengalaman Bersalin

Dah 2 bulan lebih Sarah dilahirkan baru aku nak tulis kat sini..hehe
Kena cari mood dan masa yang sesuai
Kena tunggu Sarah tidur baru la boleh tulis blog
Ada je masa sebelum ni tapi takda mood pula nak tulis, nak mengarang lagi

Sarah ni lahir overdue 6 hari
Sepatutnya dia dijangka keluar 30 Ogos tapi takda tanda-tanda pun dia nak keluar
Bagi peluang kat mama dia makan makanan raya puas-puas...hehe
2 Sept, aku pergi Klinik Sakit Puan, saja nak tengok macam mana baby kat dalam
Semua pun ok, cuma baby belum nak keluar
Doktor cakap "kepala baby tak turun macam yang saya nak"
Aku faham maksud dia, baby belum ready la tu nak keluar
Doktor jangkakan lagi seminggu aku akan bersalin
Orang kat rumah mak pun dah tak sabar nak jumpa baby baru
Aku semestinya lagi la tak sabar
Tapi belum ada tanda,nak buat macam mana
Tapi agak runsing sikit sebab suami cuti seminggu je tapi baby tak keluar lagi
Aku cakap kat suami takpe la, balik dulu
Nanti nak bersalin, baru bagitau dia dan bolehla balik

3 Sept 2011

Petang tu ada spotting yang agak banyak tapi aku tak rasa sakit.
Maksud sakit kat sini adalah sakit yang kuat
Aku hanya sakit sikit-sikit macam senggugut yang ringan
Bagitau kat mak, mak pun tak tahu sebab mak kata ikut pengalaman dia, dia takda keluar darah ke apa, terus sakit je
Bagitau pulak dekat akak aku, dia suruh pergi hospital sebab ni kan anak pertama
Tak tahu lagi aku ni macam mana
Aku pun bersiap nak pergi hospital
Beg memang berzaman dah packing, ke sana ke mari bawa..hehe
Mak dengan akak aku ikut sekali
Sampai dekat hospital terus nurse cek jalan
Baru 1cm...
Lepas tu doktor pulak cek jalan
Kali ni memang aku rasa nak bagi penyepak kat doktor tu...haha
Sakit gila...nurse tadi buat lemah lembut je
Dahla muka macam stress kene kerja
Doktor cakap baru 1cm dan dia tolong bukakan ke 2cm
Aku terus dimasukkan ke wad


4 Sept 2011

Aku masih tak rasa sakit yang sakit
Hanya rasa sakit yang masih boleh aku tahan lagi la
Tidur pun tak nyenyak
Tapi bila siang tak sakit pulak
Bila cek jalan, masih lagi 2cm
Aku dah bosan duduk hospital walaupun baru 1 malam
Dahla tidur pun tak nyenyak sebab 4 jam sekali nurse datang nak cek darah la, cek jantung baby la..
Kesian suami malam tadi tidur dalam kereta
Aku suruh tidur kat rumah akak aku tapi dia tak nak
Doktor cakap kalau esok pun jalan tak buka, aku kena induce
Aku setuju je la

5 Sept 2011

Bila cek jalan, tengok dah buka 4cm
Doktor tolong pecahkan air ketuban
Yay! tak perlu induce
Aku pun terus dibawa ke dewan bersalin
Excited je aku, tak sabar nak bersalin...haha
Sampai kat dewan bersalin, macam-macam la pulak nak dipasang
Dengan tali pinggang nak cek jantung baby la, nak tengok contraction la
Rimas...makan minum tak boleh
Pergh...haus gila la dalam tu
Merayu aku kat adik pelatih nak air sikit
Sikit je pun jadi la
Masa ni pun aku tak sakit sangat
Dalam ni, 3 orang doktor cek jalan
Haish, malu ok...tapi masih lagi 4 cm
Doktor suruh masukkan ubat untuk bagi kuat contraction
Hasilnya baby pulak dah pooping kat dalam perut
Doktor cakap bila baby stress, dia akan pooping kat dalam perut
Ah, sudah, jalan tak buka lagi tapi baby dah pooping
Doktor cakap dia bagi masa sampai pukul 6, kalo jalan tak buka ke 6cm, terus caesarean
Doktor panggil suami masuk dan terangkan pada suami
Aku iyakan je la sebab teringat kat kawan aku, bila baby dah makan poop, memang masalah la
Sakit masih lagi tak kuat mana
Dalam pukul 5 lebih, doktor datang cek jalan, baru 5cm
Aku dah redha, caesarean pun caesarean la, asalkan baby selamat
Diorang pun siap-siapkan aku
Suami masuk ke dewan bersalin, sempat la juga cakap-cakap
Masa ni dah mula juga rasa takut
Yelah, takda pernah kena bedah, dan aku pun tak prepare nak caesarean, baca pun tak
Bila aku ditolak ke dewan bedah, wah, family aku semua datang
Kak Yan cakap dia doakan aku dan baby selamat
Bila dah masuk, diorang tanya ada nak jumpa waris
Aku cakap nak jumpa mak
Mak dengan akak aku masuk, diorang dah sedih-sedih
Sebabnya mak dan adik beradik aku takda yang bersalin secara pembedahan
Jadinya benda ni baru bagi diorang
Aku pun jadi sedih
Dah masuk dewan bedah, aku dibius dari pinggang ke bawah
Jadinya aku boleh dengar dan sedar la apa yang diorang buat
Tapi aku takkan rasa sakit
Pembedahan mula pukul 630, lebih kurang camtu la
Sejuk gila la...aku sampai menggigil dalam tu
Aku siap tanya doktor bius yang pegang kepala aku, lama lagi ke
Doktor cakap sikit lagi baby keluar
Aku dapat rasa perut aku ditekan-tekan untuk push baby keluar
Tapi tak sakit, hanya rasa je
Bila baby dah keluar, terus dengar dia menangis kuat...hehe..alhamdulillah..
Aku tanya doktor, perempuan ke
Dia cakap nanti dia tunjuk, nak bersihkan dulu
Tak lama lepas tu baby di bawa ke aku dan nurse tanya lelaki ke perempuan
Aku jawab perempuan..tapi baby belum bersih sepenuhnya
Pembedahan ni berlangsung sejam, lepas tu aku ditolak semula ke wad
Aku kena baring flat selama 6 jam,tak boleh minum air atau makan
Gilakah? aku dahla haus dan lapar tak makan sejam pagi
Lapar tu boleh tahan lagi tapi yang haus tu,memang tak tahan
Sampai kat wad, boleh dengar Sarah nangis kuat...haha
Sarah dah dibawa dulu ke wad..keluarga mertua pun ada datang
Pendek kata memang ramai la yang tunggu aku..hehe
Aku cakap kat suami nak tengok baby
Suami bawa baby dan dapat cium..kat dewan bedah tadi dapat juga cium sekali
Masa ni memang aku mamai dan mengantuk sangat
Walaupun ramai orang, tapi aku nak tertidur dah
Malam tu mujur la ada kawan aku kerja di hospital di wad yang sama
Dia yang bagi aku air...memang haus gila
Doktor cakap kalau aku tak muntah minum air kosong, nanti pagi esok boleh minum milo
Alhamdulillah..tak muntah

Dahla, sampai sini je la kot..aku tidur kat hospital untuk 2 malam lagi, 7 Sept baru keluar...paling kesian dekat suami kena tidur hospital temankan aku..tak selesa, sejuk...anak dah lahir baru ingat nak demam...hehe

Wednesday, July 27, 2011

Satu Petang Di Tesco

Semalam aku dan suami ke Tesco Ipoh
Tujuannya nak jumpa orang tapi sampai ke sudah orangnya tak sampai
Sampai kat Tesco tu, suami nak ambil duit dulu kat mesin ATM
Aku jalan jauh sikit la kat belakang sebab tak larat nak jalan laju
Bila sampai kat situ, ada la beberapa orang promoter Etiqa ni
Salah seorangnya perempuan approach aku dan mula bertanya soalan
Meh baca perbualan ni

Perempuan Etiqa (PE): Ada buat simpanan tak?
Aku: Takda
PE: Kerja kat mana?
Aku: Saya tak kerja
PE: Ada anak?
Aku: Takda
PE: Dah kahwin ke belum?
Aku: Dah

Helo...tak nampak ke aku ni tengah mengandung, perut buncit...apa ingat perut aku buncit sebab lelemak ke?
Nak je aku cakap tak nampak ke saya tengah mengandung ni, boleh pulak tanya saya dah kahwin ke belum
Haish, tak faham betul

Monday, July 25, 2011

Basuh Baju Baby

Hari ni akhirnya aku basuh baju-baju baby
Okla kot sebab tinggal lagi 5 minggu
Aku tengok ramai yang basuh dengan tangan baju-baju baby ni
Aku memang tak kuasa la atau lebih tepatnya malas
Suruh mesin je yang basuh...tapi guna mode delicate
Rasa nyaman je lepas dah basuh baju-baju tu...:)

Masa nak jemur tu,tiba-tiba rasa macam banyak pulak baju baby ni
Ada harapan kena sound dengan mak apesal beli banyak sangat
Mak kata tak payah beli banyak sangat pun sebab baby cepat besar
Nanti pakai sekejap je dah tak muat
Tapi dah beli kan, ape nak buat

Baju baby sedang dijemur

Dah siap lipat dan ready untuk masuk beg

Bila dah lipat dan asing-asingkan, nampak banyak je baju ni
Kalau orang kata sikit,sikit la..pada aku dah banyak ni...
Tak sabar nak tengok baby pakai baju-baju ni semua..;p

Tuesday, July 19, 2011

6 Minggu Lagi

Sekarang kandungan dah pun masuk 34 minggu
Sikit lagi nak jumpa baby
Kebanyakan kawan-kawan aku yang mengandung jugak dah pun bersalin dan akan bersalin
Jiran-jiran kat kampung pun macam tu
Tiba-tiba teruja nak bersalin cepat-cepat...bersemangat...hehe
Tapi tak la kan sebab due pun lagi 6 minggu

Barang-barang baby dan aku alhamdulillah boleh dikatakan dah 95% siap kot
Tinggal sikit-sikit lagi yang nak dibeli
Ni nak balik kampung penuh la kereta dengan macam-macam barang
Dahla kereta comel je...
Dulu hanya barang aku dan suami je tapi kali ni termasuk barang baby
Memang confirm padat

Aku ingatkan nak balik kampung 2 minggu puasa tapi tiba-tiba suami kata nak hantar masa seminggu puasa
Erk...awalnya!
Kesian suami kena puasa sorang-sorang kat sini...sedih....sob sob
Tinggal lagi berapa hari je ni...
Baju baby pun tak basuh lagi
Suami kata takut aku terbersalin awal...hehe
Memandangkan ni anak pertama,masing-masing pun takda pengalaman
Kang tiba-tiba dalam perjalanan tu nak bersalin, memang naya la...
Tu pasal dia nak hantar awal
Suka jugak nak balik kampung awal tapi sedih jugak nak tinggal suami sorang kat sini
Suami, sila telefon hari-hari okay...jangan mengelat

Wednesday, July 6, 2011

TF3

Malam tadi baru berkesempatan nak tengok filem ni
Minggu lepas nak tengok tapi asyik penuh je..
Ini pun tengok kat GSC je, TGV memang penuh sesaja

Cerita ok tapi aku tak puas hati kenapa kena ada perempuan
Semak je rasanya...lepas tu nak kena hot je

Rasanya kali terakhir kitorang tengok wayang ni sebulan lepas kot
Kali ni baby memang tak kasik chance
Bergerak kuat sangat, mungkin sebab sound yang kuat
Letih nak tahan
Hari tu takda la kuat camni..kali ni memang terbaik la
Bila usap perut, kurang sikit
Lepas tu sambung balik
Lepas ni ada 1 lagi filem yang kena tengok
Suami, kita layan Harry Potter 3D nak?:D

Thursday, June 30, 2011

Third Trimester

Alhamdulillah sekarang kandungan dah pun masuk third trimester
Semestinya perut makin besar dan kaki pun dah mula membengkak
Bila malam, memang kaki aku dah macam kaki belon bak kata suami...hehe
Nak pakai selipar pun dah tak muat
Pakai selipar suami jugak yang selesa...haha

Aku dah mula buat carta gerakan baby
Setiap hari mesti pastikan baby gerak 10 kali bermula dari pukul 9 pagi sampai 9 malam
Tapi biasanya nurse cakap dalam pukul 2 lebih camtu dah cukup 10 kali
Memang betul pun apa nurse tu cakap
Kadang-kadang dalam pukul 12 lebih tengahari dah cukup 10 kali
Kalau tak cukup 10 kali sampai malam, cepat-cepat kena pergi hospital
Biasanya baby aku kurang gerak waktu pagi
Kalau aku sibuk memasak atau buat kerja, memang baby duduk diam je..
Seronok agaknya mama goyang-goyang macam dalam buaian..:p
Kalau aku duduk rehat-rehat, memang baby akan gerak
Ni tengah taip pun, ada rasa baby gerak
Suami pun kata kuatnya baby gerak
Baru dia tahu...dia ingat anak dia gerak tak kuat agaknya dalam perut

Tinggal lagi lebih kurang 9 minggu untuk jumpa baby
Tak sabar tapi takut...
Semoga semuanya selamat

Wednesday, June 8, 2011

XX Atau XY?

Malam tadi kitorang pergi scan lagi
Kali ni memang terakhir kot scan
Alhamdulillah baby sihat dan masih membesar bagai johan...hehe
Kali ni doktor agak yakin cakap insyaAllah baby ni baby perempuan...:p
Tapi kali ni baby tak seaktif selalu mungkin sebab dah semakin besar dan ruang pun makin kecil
Doktor cakap kepala baby dah sepertiga masuk ke bawah
Air ketuban pun cukup

Suami, apa lagi jom kita laju-laju shopping barang baby
Banyaknya lagi barang yang nak dibeli
Bolehla beli baju warna pink..kalau ada merah lebih baik
Biru bolehla sikit-sikit..hehe

Ipoh-Bukit Tinggi-Raub-Cameron Highlands-Ipoh

Tengok kat tajuk boleh tahulah kan yang aku pergi ke tempat-tempat tu
Ahad lepas kan ada kenduri kahwin kawan suami kat Raub, jadi kitorang ambil kesempatan ni untuk jalan-jalan sekali la
Pagi Sabtu tu keluar rumah dalam pukul 9 lebih pergi sarapan dulu dengan kakak aku dan abang ipar
Diorang datang singgah sebab diorang pun nak pergi kenduri kahwin di Kedah

Lepas siap sarapan, gerak la terus ke Bukit Tinggi
Perjalanan ambil masa dalam 4 jam lebih kot
Highway menghala ke KL memang lancar tapi yang menghala ke utara, memang jam sampai berhenti
Tiba kat Bukit Tinggi pukul 1 lebih terus check in Kat Selesa Resort
Rehat dulu lepas tu baru keluar untuk jalan-jalan kat Colmar Tropicale

Aku ingat tempat ni besar memandangkan nak masuk pun kena RM12
Tapi kecil je pun...tempat tu sebenanrnya hotel tapi bangunan dia macam unik sikit jadi dia buat la tempat tarikan kot kat situ

Ni hotel sebenarnya


Suami di laluan masuk

Siap ada orang nyanyi-nyanyi

Oh, ada angsa juga

Takda caption..haha

Kitorang kat sini tak lama pun sebab katanya tempat kecil, takda apa sangat pun
Lagipun aku dah lapar gila...
Cari-cari tempat makan rupa-rupanya ada dekat je dengan hotel
Makan dan bungkus untuk makan malam
Memang tak larat nak keluar lagi

Esok paginya lepas check out, terus gerak ke Raub, berhenti kejap kat Petronas Bentong untuk tunggu kawan-kawan suami
Nak konvoi la ramai-ramai ke rumah kenduri kahwin
Sampai sana, tengok pengantin tengah makan, kitorang pun memang dah lapar, makan la dulu
Dah siap makan semua,aktiviti bergamba bersama pengantin
Kali ni gedik ape entah tiba-tiba nak bergambar kat pelamin..haha
Mula-mula suami taknak tapi layankan je la isteri ni...;p

Suami dan rakan-rakan dan pengantin

Pengantin lama dan baru..hehe

Takda caption lagi..haha

Kali ni balik ke Ipoh kitorang ikut jalan dalam
Ni pun kawan suami yang bagitau
Kalau tak, memang berpusing la ikut KL, dengan tol lagi
Jalan ni memang lalu Cameron Highlands, jadi memang akan singgah la untuk beli strawberi
Kat Cameron pun ramai orang..cuti sekolah kan
Masing-masing ambil kesempatan bercuti bawa anak-anak
Lepas tu terus la balik ke rumah
Memang penat gila la
Malam tu masing-masing tak makan pun sebab penat
Aku sampai esoknya pun masih rasa mengantuk dan penat badan
Tapi hari ni dah okay la..over la kan kalau sampai hari ni masih penat...hehe


Wednesday, June 1, 2011

Campur-Campur

Dah lama jugak tak menulis kat sini
Dah dekat sebulan..ada je cerita tapi malasnya nak mengarang
Memang tak berapa minat bab mengarang ni, dari sekolah dulu pun

Sekarang kandungan dah pun masuk minggu ke 27
Baby pun dah makin aktif gerak sana, gerak sini
Kadang-kadang boleh tengok perut berombak
Seronok, satu pengalaman baru untuk aku...
Memang boleh buat aku senyum atau ketawa sorang-sorang...hehe

Oh ye, bulan lepas kitorang pergi scan sekali lagi untuk nak tahu sama ada baby ni boy ke girl
Tapi doktor masih lagi tak dapat nak pastikan betul-betul...
Dahla mula-mula doktor cakap ada 2 baby!
Woah, memang tak terkata aku...serta-merta macam-macam dok fikir dalam kepala...haha
Lepas dah tengok betul-betul, doktor cakap ada 1..lega
Bulan ni insyaAllah akan scan lagi untuk nak pastikan sebab aku dah tak sabar nak beli baju dan barang baby banyak-banyak
Dah membeli sikit hari tu tapi dengan warna-warna selamat la untuk dipakai baby boy atau baby girl...hehe
Bila tengok baju baby yang dah dibeli tu, start la feeling-feeling...tak sabar nak tengok baby

Ahad ni ada kenduri kahwin kawan suami kat Pahang
Nak pergi balik hari memang aku tak larat la...
Aku cadangkan kitorang stay mana-mana hari Sabtu tu..
Hotel pun dah booked, dekat dengan Bukit Tinggi
Nanti bolehla jalan-jalan kat Colmar Tropicale....yeay!
Cepat la sampai hari Sabtu

Friday, May 6, 2011

Tengok Movie Lagi Dan Lagi

Semalam aku dan suami nak tengok movie
Plan asal nak tengok Fast And Furious 5 tapi tak beli online, suami kata beli kat kaunter je
Bila sampai kat kaunter, semestinya memang dah full la...takda cita-cita lagi
Nasib baik untuk esok (hari ini) masih ada lagi yang kosong
Jadi beli tiket terus untuk hari ni
Lepas tu fikir lagi apa nak buat ni sebab dah tak jadi tengok movie ni
Aku pun ajak suami tengok kat Big Apple kot-kot ada donat duren-duren
Tapi sedihnya takda pulak...beli yang biasa je..manisnya makan, jangan kena kencing manis sudah...minta-minta dijauhkan la
Bila dah tak tahu nak buat apa, jom la pergi ke Ipoh Parade pulak tengok Thor
Biasanya kat sana orang tak ramai macam kat Kinta City
Bila sampai sana, memang dapat la tiket pukul 9.40 malam
Lamanya nak kena tunggu
Pergi makan dulu, dahla makanan tak sedap
Lepas tu jalan-jalan tengok barang baby
Sekarang ni aku dah mula rasa penat kalau jalan banyak
Tak bagus betul la...lepas makan je perut mesti rasa tegang
Asyik nak duduk je...tak boleh jadi ni
Masa tengok movie pun, duduk tak selesa sebab kerusi agak tegak bagi aku
Asyik tukar-tukar posisi je..rasa macam lain kali nak bawak bantal alas belakang..over betul
Filem Thor ni menarik la jugak...hero dia hot...hahaha
Tapi aku rasa paling cool adalah senjata dia...rasa nak pergi beli tukul besi tu...
Suami, jom beli kat Jusco...hehe
Hari ni akan tengok movie lagi...2 hari berturut-berturut tengok movie...membazir betul...ecehhh...padahal suka

Friday, April 15, 2011

Sampai Sekarang Masih Sedih

Minggu lepas aku tengok rancangan Bersamamu kat tv3
Kisah seorang adik ni yang sakit kanser urat saraf
Perut sebelah kanan membengkak dah urat-uratnya pun membesar
Tengok muka adik tu sayu sangat...takda langsung senyum kat muka dia
Mungkin sebab tahan sakit
Dari mula adik tu keluar sampai habis rancangan air mata aku keluar tak henti-henti
Tak tahu apa yang sedih sangat

Sampai ke hari ni bila tengok youtube kisah adik tu, air mata masih lagi keluar tak henti-henti
Dahla adik tu meninggal masa rancangan tu dirakam
Memang sedih gila la...
Menurut pengacara rancangan tu, mak adik tu kata dia nampak arwah senyum masa nafas terakhir
Tengok mak dia sedih sangat masa pengkebumian anak dia tu
Memang aku betul-betul terkesan la dengan kisah ni
Tengok muka adik tu pun, rasa kesian sangattt
Semoga roh arwah tenang kat sana

Monday, April 11, 2011

Sudah Separuh Jalan

Macam tak percaya kejap je kandungan dah 20 minggu
Dulu mula-mula rasa lambatnya tapi eh eh dah 20 minggu
Perut dah semakin membesar, tapi orang lain tak nampak lagi kot
Seronok tengok perut dah membulat...:p

Sekarang ni dah mula rasa baby gerak atau lebih tepat lagi menendang kot
Mula rasa masa 17 minggu lebih
Mula-mula macam tak berapa pasti tapi sekarang dah memang pasti la tu baby gerak...sukaa...hihi
Kalau kuat, boleh nampak perut gerak
Kalau tak rasa baby gerak, rasa risau pulak
Akak aku kata sekarang baby baru nak belaja, nanti dah besar dia taekwondo..:D

Baru-baru ni pergi scan alhamdulillah baby sihat dan aktif
Susah nak dapat baby statik je...ruang masih banyak, seronok la dia gerak-gerak, pusing-pusing
Dah besar ni barula nampak degup jantung baby
Masa scan 11 minggu dulu, doktor tunjuk tapi tak nampak pun

Bila ek nak mula beli barang baby?

Friday, March 18, 2011

World Invasion: Battle Los Angeles

Filem ni sebenarnya tak masuk pun dalam senarai filem yang aku nak tengok
Tak terfikir langsung nak tengok sebab ni cerita perang-perang
Tapi tiba-tiba semalam masa balik kerja, suami ajak tengok wayang
Hati dah berbunga riang..hihi...surirumah macam aku memang suka kot kalau suami ajak jalan-jalan sebab dah bosan duduk seharian kat rumah
Bila tanya cerita apa, suami cakap nak tengok filem ni..erk, ingatkan nak tengok Big Mommas ke..
Tapi bolehla..layan je...terus laju-laju buka website TGV nak tengok pukul berapa tayangan tapi penuh pulak...
Cek kat website GSC pulak nak tengok ada pukul berapa tapi tak boleh pay online...kenalah terus ke Ipoh Parade untuk beli tiket

Kitorang pun bersiap la terus pergi Ipoh Parade
Dan dapat tiket....boleh tahan juga la ramai orang..budak-budak pun ramai
Aku tak berapa setuju kot bawa anak-anak tengok cerita ni sebab ni cerita perang, lain la kalau cerita Mars Needs Moms ke, Rango ke

Cerita ni memang penuh dari awal sampai akhir
Maksud penuh kat sini adalah macam takda masa nak bertenang sebab asyik perang je
Penat tengok...hihi
Tapi boleh tak orang sebelah kitorang siap boleh berdengkur...tiba-tiba terdengar dia berdengkur...kuat okay...macam mana la dia boleh tidur sedangkan cerita ni berdentam dentum
Ada la juga part yang sedih macam suami pergi berperang masa isteri mengandung lepas tu tulis nota untuk isteri dia...sedih....walaupun suamiku bukan askar tapi tetap dapat hayati..huhu

Kiranya best la juga cerita ni walaupun pada awalnya aku takda minat langsung nak tengok...kiki
Minggu ni je dah 2 kali tengok wayang...agak-agak ada kali ke 3 tak?

Thursday, March 17, 2011

Hb Sudah Okay

Semalam aku ke klinik lagi untuk kesekian kali
Sampai mengantuk menunggu giliran..orang agak ramai..dengan budak-budak lagi...rimas boleh tak
Berat macam biasa,mesti naik punya dan melebihi apa yang sepatutnya...haish...2 minggu lepas baru bersukaria sebab berat naik sikit
Sekali semalam ambik kau, mendadak naik...tapi nurse okay

Agak lama lepas tu, nama pun dipanggil
Nurse tanya dah ada gerak tak?
Mestila belum rasa lagi...biasanya untuk yang jadi ibu untuk kali pertama diorang tak perasan macam aku la..
Tak boleh nak rasa dan bezakan gerakan yang dirasai tu baby yang gerak ke atau angin atau perut lapar...hihi
Nurse cuba nak dengar jantung baby tapi tak dapat dengar jugak
Adakah sebab lemak yang tebal?haha

Lepas dah cek semua tu, nurse cakap boleh datang sebulan lagi
Aik, tak nak cek darah ke?
Sebab setiap kali datang mesti kena cek darah sebab kan hb rendah
Bila aku dah tanya, baru dia cek
Alhamdulillah nurse kata dah cantik...kiki...tepat-tepat 11

Rindunya nak balik Johor...dah lama sangat tak balik
Cuti sekolah ni adik-beradik ada kat rumah mak
Akak-akak pun pujuk aku balik...tapi apakan daya....
Takpa, nanti raya aku boleh raya puas-puas kat johor...yeay!!
Kemungkinan besar siap boleh puasa lama kat rumah mak...sukaaa!!
Nak balik johor!!!!
Tiba-tiba lari tajuk

Friday, March 11, 2011

Sudah La Hodoh, Mulut Berbau

Tajuk tu sebenarnya ayat dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa
Malam tadi kitorang menonton filem ni kat panggung wayang
Hari rabu aku booked tiket tayangan pukul 8.15 malam
Teruja nak tengok sebab tengok trailer macam best
Sebelum ada baby ni, tengok wayang puas-puas sebab nanti bila baby dah keluar, memang tak tahu la bila lagi boleh tengok
Selain filem ni, ada 2 lagi filem yang macam best
Rango dan Big Mommas
Rango mesti tengok kot sebab suami ada 'haiwan belaan' yang bernama Rango...hahaha

Maka semalam berduyun la kita ke Jusco Kinta City untuk menonton filem ni
Sebelum masuk, layan Big Apple dulu untuk alas perut
Nak masuk, beli lagi popcorn
Agak-agak menggemukkan tak
Bila masuk, wah tengok ramainya orang
Masa booked tiket tu, taklah seramai ni
Keseluruhan, cerita best jugak
Dialog pun ada yang lawak
Khir Rahman memang terbaikkkk...hahaha
Dengan muka macam rakus..eeuuuwwww

Kesimpulan, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam terdekat anda

Wednesday, March 9, 2011

Hidung Tersumbat

Aku tak pernah tahu pasal ni sehinggalah tadi baca kat sini yang perempuan mengandung ada yang akan alami hidung tersumbat
Dan aku merupakan salah seorang la daripadanya
Masa mula-mula mengandung, memang kerap la hidung tersumbat bila nak tidur sampai kena bernafas melalui mulut
Lepas tu nampak macam dah okay tapi sekarang kena semula
Bila nak tidur je, hidung mesti tersumbat yang tak pasal-pasal
Nak kata selsema memang takda
Tadi tengok-tengok kat website tu, terbaca la artikel pasal hidung tersumbat ni
Untuk lebih lanjut, boleh klik sini
Tapi tidur memang tetap lena la siap mimpi lagi...hihi

Friday, March 4, 2011

Hasil Kurang Minum Teh

Aku adalah peminat teh
Baru 2-3 hari tak minum teh pun, dah rasa macam lama gila tak minum
Tapi sejak hb asyik turun, aku sanggup la kurangkan minum teh ni
Aku hanya akan ambil masa sarapan je, tu pun secawan je..untuk lepas gian...hahaha
Kalau dulu, makan kat kedai memang akan order teh punya, sama ada teh O ais atau teh ais
Sekarang ni memang sedaya upaya order air lain la...
Tapi memang terliur kalau tengok suami minum air teh...hihi

Dan hasilnya alhamdulillah hb makin naik walaupon masih berada bawah 11
Berbaloi kot kurangkan minum teh ni
Harap-harapnya lepas ni hb akan terus naik

Aku perasan sejak 2 menjak ni aku selalu rasa tak selesa dalam perut
Bila dah duduk dan nak bangun, akan rasa semacam kat perut
Tadi tanya kat nurse, dia kata normal sebab selama ni takda apa-apa dalam perut tapi sekarang dah ada
Tapi takda la sakit, cuma bila nak bangun akan pegang perut dan akan ambil masa sikit...macam perut dah besar sangat...haha

Sekarang dah masuk 2nd trimester
Alhamdulillah....1st trimester dah lepas dengan jayanya tanpa alahan apa-apa
Mula-mula dulu memang macam takut bila mengandung, tapi sekarang aku enjoy..walaupon perut dah buncit dengan berjaya...kiki...terima kasih kepada lemak-lemak yang banyak

Oh, dan ini adalah hasil scan pada 11 minggu :)

Yang dalam bulatan merah adalah baby..:)

Monday, February 7, 2011

Klinik

Baru balik dari klinik...semua ok kecuali HB la...
Berat macam biasa, confirm naik...hihi..tapi tak kena marah..nasib baik
HB tu dah naik sikit walaupun masih tak capai tahap ok...
Maka kena ambik darah pulak kat klinik lain lepas tu datang balik ke klinik ni jumaat nanti..
Tu je la kerja aku, klinik, klinik, klinik...
Awal mengandung ni biasanya orang pergi sebulan sekali je tapi aku sebulan 3 kali setakat ni...gila ah
Mujur la aku tak kerja, takde la masalah asyik nak ambik cuti je
Orang pun tak ramai kat klinik tadi...sejam je dah siap boleh balik
Memula datang macam cuak je sebab aku je sorang tak bawa anak...
Lepas ni kena makan hati banyak-banyak...susu pun kena minum 2 gelas sehari..sekarang ni kadang-kadang je aku minum
Mula-mula dulu excited beli anmum tapi dah lama-lama muak
Layan susu dutch lady je sekarang...
Boleh la daripada takde

Saturday, January 29, 2011

Seluar Maternity

Over tak awal dah beli seluar maternity?haha..
Hari ni dah pergi beli seluar baru...tak larat nak tahan perut bila time duduk...sampai kena unbutton baru selesa....hihi
Semalam dah semangat pergi kedai tapi promoter dah balik pulak...
Hari ni dengan gigih pergi lagi kedai tu
Bila sampai, auntie seksi cakap "Buatla macam rumah sendiri"...haha

Niat asal nak beli sehelai jek tapi since dah buat macam rumah sendiri kan, berhelai-helai auntie tu suruh aku try..
Aku layankan je la...jenis yang kain gatal ada, jeans ada, kain kodroi pun ada...
Baju pun dia suruh aku try sekali...
Tapi baju belum diperlukan lagi, nanti la dulu...beli yang perlu dulu
Dah try tu, ada la yang aku berkenan..tapi apa-apa hal kena la tanya suami dulu sebab dia yang akan bayar
Dia kata ambikla dua...aku dah sengih tapi kesian pulak dekat suami...bukan murah...huhu
Tapi dia kata lepas ni jangan mintak lagi...haha....cukup la tu kot 2 helai..

Seluar yang dibeli

Lepas ni takde la lagi masalah rasa macam perut nak meletup....kiki
Auntie tu jugak siap bagi checklist untuk persediaan kedatangan baby
Banyaknya barang nak kena beli..memang pengsan kalau nak beli sekali harung
Bila nak start beli pun tak tahu...kena beli sikit-sikit

Thursday, January 27, 2011

Balasan sebab makan banyak

Hari tu timbang berat aku naik banyak gila
Terima kasih kepada suami kerana melayan nafsu makan aku yang asyik nak makan itu, nak makan ini
Sekali bila pergi timbang,hambik ko, berkilo-kilo naik
Lepas tu stress sebab berat naik banyak..haish

Sejak pregnant ni, asyik nak terkenc jek
Siang ok la kot tapi bila malam, memang kena kejutkan suami la untuk temankan pergi toilet
Nasib baik suami tak merungut
Dulu sebelum pregnant, boleh ditahan tapi bila dah pregnant ni, kalau dah rasa tu, memang tak boleh tahan dah...kena pergi membuang jugak...

Perut sekarang dah semakin buncit
Tak tahu la buncit sebab lelemak atau pun sebab pregnant...haha
Tapi rasanya lebih kepada lelemak kot...
Pakai jeans dah tak selesa dekat perut...
Bila berdiri, ok tapi bila duduk,mak aih, senak!
Patut ke tak patut bila seluar maternity?
Tak awal sangat?
Tapi kat Ipoh ni takde la kedai maternity...semalam ada nampak 1 butik ni tapi bajunya fancy sangat
Mana la nak carik seluar ni...

Wednesday, January 19, 2011

Kuih Cincin

Sambil taip,sambil kunyah kuih cincin...sedapnye....
Dahla kat sini tak dapat kuih ni...datang dari Sarawak..
Aku kan takde apa nak buat kat rumah ni..masa banyak habis kat depan pc je..
Makanya memang ada la gak google macam...antaranya kuih cincin
Bila tengok,terus teringin...tapi takde saudara-mara atau kawan-kawan kat Sabah...
Laju-laju tanya nonoi kat Sarawak ada tak kuih cincin...noi cakap ada..yeay!
Noi belikan dan pos semalam dan hari ni dah dapat!!
Walaupun tengah tido tadi, tapi sebab dapat kuih cincin,laju-laju makan ni...nyam-nyam
Tapi sayangnya kuih ni dah patak riuk dibuat posmen...agaknya kena campak-campak masa penghantaran...
Tak kisahla..janji boleh makan....

Kuih cincin yang dah patah riuk..1 je yang cantik

Sunday, January 16, 2011

Dah nampak

Semalam sekali lagi aku try nak scan untuk kali kedua
Semangat siap rengek2 kat suami, nak taknak,dia kena ikut la...hihi
Tapi mengadap la muka dia boring je masa tunggu nak dipanggil masuk

Berbaloi jugak pergi semalam...
Dah nampak baby....yeay!
Seronok gila....doktor kata dah ada kemajuan sebab dah nampak...hehe
Walaupun baby masih kecik lagi,tapi puas hati dapat tengok
Suami pun nampak happy walaupun dia nampak cover...hahaha
Bila dah nampak,baru la dah hilang muka boring dia
Panjang baby sekarang 13mm/0.5 inch...
Nanti bulan depan ada scan lagi kat klinik kerajaan...masa tu mesti dah tambah besar...sukaaaa

Tu je nak cita..daaa

Wednesday, January 12, 2011

7 minggu

Lamanya tak menaip kat sini
Bila nak menaip je, idea takde..
Rasa macam nak aktif berblog
Rasa je la pun...entah iye entah tidak

Sekarang ni aku dah kahwin dan insyaAllah raya nanti dapat baby...yeay!
Kandungan dah masuk 7 minggu...
Minggu lepas semangat pergi klinik untuk scan tapi sedihnya tak nampak apa pun
Mungkin minggu ni atau minggu depan nak cuba lagi...
Ye, memang baby kecik sangat lagi tapi biasala...anak pertama excited lebih..hiks!

Setakat ni alhamdulillah,takde muntah ke apa..
Makan sedap jek...rasanya perut pun dah membuncit sebelum masanya
Confirm banyak gila kg naik..
Rasanya sejak pregnant ni penyakit M aku makin menjadi-jadi
Nak buat apa pun malas...tak bagus betul...takut baby yang lahir nanti pun jadik malas

Masa buat UPT tu, saja je nak try sebab memandangkan takde langsung tanda nak period
Merengek kat suami nak gi beli
Murah je pun, RM6 je satu...haha
Esoknya gigil-gigil tangan nak buat test...haha
Hasilnya cepat gila line kedua tu keluar dan memang clear
Masa tu tak tahu nak cakap perasaan macam mana...
Bercampur-campur...tapi sekarang dah takde campur-campur lagi...hihi

Nanti sambung lagi la...daaa