Thursday, June 20, 2013

Sarah Menonton Wayang

Lamanya tak menulis kat sini. Kali terakhir bulan Ogos tahun lepas. Macam orang takda blog. Sebenarnya bukan takda idea. Idea tu ada tapi malas nak menaip. Punya la lama tak tulis blog daripada anak belum pandai jalan, sekarang dah boleh berlari, melompat.

Tengok pada tajuk dah tahu aku nak cerita pasal apa kan. Kitorang dah boleh tengok wayang sekarang...hehe. Dulu masa bujang, belum ada anak, memang kitorang suami isteri suka tengok wayang. Pantang ada cerita baru, mesti nak tengok. Sarah pun masa dalam perut suka kot bila pergi tengok wayang sebab dia aktif je gerak. Tak tahu la kot sebenanrnya dia marah sebab bising...haha.

Aku lupa bila kali pertama kitorang bawa Sarah pergi tengok wayang. Tapi masa tu dia dah setahun lebih la. Saja nak test. Lagipun dah lama sangat hoi aku tak tengok wayang. Rindu. Cerita yang kitorang pilih mestila cerita animasi. Takkan cerita ironman kot...hehe. Tapi hari tu kitorang layan gak Iron Man tau. Sarah pun okay je. Cerita pertama yang Sarah tengok ialah Rise of The  Guardian. Kitorang siap beli popcorn. Mula-mula masuk dia layan je cerita sambil makan popcorn. Lepas tu tidur. Bila bangun sambung balik tengok sampai habis. Hasilnya success! Boleh tengok cerita seterusnya.

Setakat ni dah 5 filem kot yang kitorang dah tengok bertiga. Semua okay je kecuali filem terakhir. Trick nak bawa Sarah tengok wayang ni, beli popcorn dan pastikan dia belum tidur..hehe. Jadi takda la sepanjang cerita dia berjaga nanti dia bosan. Last movie yang kitorang tengok, Sarah tak berapa minat dan taknak duduk diam. Sebabnya satu, tak beli popcorn dan dua, dia tak tidur. lain kali kena pastikan kedua-dua syarat ni dipatuhi.

Cerita akan datang yang pasti akan tengok ialah Monsters University. Yang ni kena tengok jugak. Aku la tu yang beria nak tengok. Hehe.
 

Friday, August 10, 2012

Sahur

Alhamdulillah hari ni hari ke 21 kita semua berpuasa. Tahun ni merupakan tahun kedua aku berpuasa sebagai seorang isteri dan berpuasa bersama-sama dengan suami. Tahun lepas hanya beberapa hari je dapat berpuasa bersama dengan suami sebab masa tu kan aku tengah sarat mengandung, suami pun hantar aku balik kampung. Sebab dia takut kalau aku terbersalin kat highway...hehe. Tapi kita merancang, Allah yang menentukan. Sebulan aku bertunggu tangga kat rumah mak aku, baru la Sarah keluar...hehe

Cakap pasal sahur, sebenarnya aku bukan jenis suka bangun sahur pun. Masa kecik dulu rajin la sebab abah suruh. Bila dah masuk matriks dan uni, memang aku tak bangun sahur pun sampai la ke 3 tahun lepas. Masa tu aku bangun sahur tapi tak makan nasi pun. Makan nestum je. Tahun lepas pulak disebabkan aku tengah sarat mengandung, memang harus la kan aku bangun sahur. Kang takda tenaga pulak nak sampai ke berbuka. Tu pun petang dah tak berapa larat nak masak. Tapi tahun ni adalah paling berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni disebabkan aku menyusukan Sarah, maka memang wajib aku makan nasi untuk sahur. Kalau ikut suami aku, sahur roti pun ok je. Tahun ni buat pertama kalinya aku memasak di pagi hari untuk sahur. Tanpa gagal ok..hehe. Tapi bukan masak macam berbuka pun. Paling best nasi goreng je..hehe. Lain-lain lauk ayam goreng, telur goreng, telur dadar dan ikan bilis goreng. Tu je la yang aku tukar-tukar..haha.Sarah mula-mula je dia bangun sahur jugak tapi sekarang syok je dia tidur.

Untuk berbuka pulak, biasanya aku akan masak. Tak banyak lauk pun. 2 jenis je. Satu lauk dan satu sayur. Suami pun cakap cukup la tu. Very the simple kan suami ai. Tahun ni memang baru betul-betul rasa berpuasa bersama suami la. Dan anak..hehe.

Aku dok menghitung hari je sekarang bila nak balik kampung. Tak sabarnya nak sambut raya dengan keluarga. Tahun ni giliran beraya di kampung suami. Dah tahun lepas bertunggu tangga kat rumah mak aku sebulan sebelum raya lagi kan..hehe. Dan tahun ni beraya dengan Sarah untuk pertama kalinya..weee!


Thursday, May 3, 2012

Adik Baru

Jangan terkejut tengok tajuk..hehe..aku tak pregnant ye, akak aku baru je lahirkan anak lelaki setelah lapan tahun tunggu. Kiranya Sarah dapat adik baru dan Sarah sekarang adalah kakak Sarah..hehe. Akak aku yang baru bersalin ni adalah akak aku yang atas aku. Walaupun kitorang berbeza umur 6 tahun, tapi kami memang rapat. Aku rasa sebab kitorang je yang duduk kat rumah masa zaman aku sekolah dulu. Adik beradik lain ada yang dah kahwin, kerja tempat lain, jadinya tinggal aku dengan akak aku je la kat umah dengan mak dan arwah abah aku. Masa dia sekolah menengah, aku masih di sekolah rendah. Masa tu dia ada boyfriend, arwah aku memang tegas bab boyfriend ni, jangan harap la nak bercinta tapi biasa la, degil jugak. Arwah abah aku pesan kalau budak lelaki tu telefon, letak terus..haha..aku masa tu kecik lagi, tak boleh jadi gang akak aku, ikut je la arahan arwah abah aku..hehe..tapi bila aku besar sikit dan dah pandai ada boyfriend, akak aku tak buat camtu kat aku. Dia bagi gak la budak lelaki cakap dengan aku bila diorang telefon rumah. Yelah kan, dulu mana ada pakai handphone ni, telefon rumah je ada.

Eh, apa dah melalut sampai zaman dulu-dulu. Akak aku ni dah 8 tahun kahwin. Tapi baru sekarang Allah bagi rezeki anak kat dia. Bila mak aku bagitahu akak aku ni dah bersalin, aku yang emosi kat sini. Kesian ok kat dia...biasa la mulut orang bila dah lama kahwin tapi tak dapat anak lagi, mula la cakap-cakap sinis. Aku ingat lagi dia mengadu kat aku ada orang sindir dia, aku yang hangin gila. Seingat aku la, aku tak pernah tanya soalan-soalan bab anak ni kat dia contoh macam "bila nak mengandung" dan sewaktu dengannya la. Akak aku tahu dia mengandung masa Sarah lahir. Dan-dan bahasakan diri dia ummi kat Sarah..hehe. Padahal anak saudara lain semua panggil dia dengan gelaran 'makcik'.

Sarah sekarang dah ada sebatang gigi..weee...seminggu jugak dia demam nak tumbuh gigi ni. Sarah kalau nak bergerak, dah macam komando..laju je...belum merangkak lagi.tapi dah pandai nak berdiri ok! Pegang meja rendah,lepas tu berdiri. Duduk pun belum pandai, dah nak berdiri. Aku memang tak belikan walker untuk dia. Biar dia jelajah sendiri. Buat masa sekarang aku dah bagi dia makan bubur+sayur+ayam yang aku buat sendiri. Puas hati tengok dia makan. Walaupun kadang-kadang menaikkan darah aku jugak. Aku masih blend makanan dia. Lepas ni nak tumis pulak makanan dia dan nak bagi ikan pulak.

 Macam biasa, takde penutup.