Wednesday, November 16, 2011

Pengalaman Bersalin

Dah 2 bulan lebih Sarah dilahirkan baru aku nak tulis kat sini..hehe
Kena cari mood dan masa yang sesuai
Kena tunggu Sarah tidur baru la boleh tulis blog
Ada je masa sebelum ni tapi takda mood pula nak tulis, nak mengarang lagi

Sarah ni lahir overdue 6 hari
Sepatutnya dia dijangka keluar 30 Ogos tapi takda tanda-tanda pun dia nak keluar
Bagi peluang kat mama dia makan makanan raya puas-puas...hehe
2 Sept, aku pergi Klinik Sakit Puan, saja nak tengok macam mana baby kat dalam
Semua pun ok, cuma baby belum nak keluar
Doktor cakap "kepala baby tak turun macam yang saya nak"
Aku faham maksud dia, baby belum ready la tu nak keluar
Doktor jangkakan lagi seminggu aku akan bersalin
Orang kat rumah mak pun dah tak sabar nak jumpa baby baru
Aku semestinya lagi la tak sabar
Tapi belum ada tanda,nak buat macam mana
Tapi agak runsing sikit sebab suami cuti seminggu je tapi baby tak keluar lagi
Aku cakap kat suami takpe la, balik dulu
Nanti nak bersalin, baru bagitau dia dan bolehla balik

3 Sept 2011

Petang tu ada spotting yang agak banyak tapi aku tak rasa sakit.
Maksud sakit kat sini adalah sakit yang kuat
Aku hanya sakit sikit-sikit macam senggugut yang ringan
Bagitau kat mak, mak pun tak tahu sebab mak kata ikut pengalaman dia, dia takda keluar darah ke apa, terus sakit je
Bagitau pulak dekat akak aku, dia suruh pergi hospital sebab ni kan anak pertama
Tak tahu lagi aku ni macam mana
Aku pun bersiap nak pergi hospital
Beg memang berzaman dah packing, ke sana ke mari bawa..hehe
Mak dengan akak aku ikut sekali
Sampai dekat hospital terus nurse cek jalan
Baru 1cm...
Lepas tu doktor pulak cek jalan
Kali ni memang aku rasa nak bagi penyepak kat doktor tu...haha
Sakit gila...nurse tadi buat lemah lembut je
Dahla muka macam stress kene kerja
Doktor cakap baru 1cm dan dia tolong bukakan ke 2cm
Aku terus dimasukkan ke wad


4 Sept 2011

Aku masih tak rasa sakit yang sakit
Hanya rasa sakit yang masih boleh aku tahan lagi la
Tidur pun tak nyenyak
Tapi bila siang tak sakit pulak
Bila cek jalan, masih lagi 2cm
Aku dah bosan duduk hospital walaupun baru 1 malam
Dahla tidur pun tak nyenyak sebab 4 jam sekali nurse datang nak cek darah la, cek jantung baby la..
Kesian suami malam tadi tidur dalam kereta
Aku suruh tidur kat rumah akak aku tapi dia tak nak
Doktor cakap kalau esok pun jalan tak buka, aku kena induce
Aku setuju je la

5 Sept 2011

Bila cek jalan, tengok dah buka 4cm
Doktor tolong pecahkan air ketuban
Yay! tak perlu induce
Aku pun terus dibawa ke dewan bersalin
Excited je aku, tak sabar nak bersalin...haha
Sampai kat dewan bersalin, macam-macam la pulak nak dipasang
Dengan tali pinggang nak cek jantung baby la, nak tengok contraction la
Rimas...makan minum tak boleh
Pergh...haus gila la dalam tu
Merayu aku kat adik pelatih nak air sikit
Sikit je pun jadi la
Masa ni pun aku tak sakit sangat
Dalam ni, 3 orang doktor cek jalan
Haish, malu ok...tapi masih lagi 4 cm
Doktor suruh masukkan ubat untuk bagi kuat contraction
Hasilnya baby pulak dah pooping kat dalam perut
Doktor cakap bila baby stress, dia akan pooping kat dalam perut
Ah, sudah, jalan tak buka lagi tapi baby dah pooping
Doktor cakap dia bagi masa sampai pukul 6, kalo jalan tak buka ke 6cm, terus caesarean
Doktor panggil suami masuk dan terangkan pada suami
Aku iyakan je la sebab teringat kat kawan aku, bila baby dah makan poop, memang masalah la
Sakit masih lagi tak kuat mana
Dalam pukul 5 lebih, doktor datang cek jalan, baru 5cm
Aku dah redha, caesarean pun caesarean la, asalkan baby selamat
Diorang pun siap-siapkan aku
Suami masuk ke dewan bersalin, sempat la juga cakap-cakap
Masa ni dah mula juga rasa takut
Yelah, takda pernah kena bedah, dan aku pun tak prepare nak caesarean, baca pun tak
Bila aku ditolak ke dewan bedah, wah, family aku semua datang
Kak Yan cakap dia doakan aku dan baby selamat
Bila dah masuk, diorang tanya ada nak jumpa waris
Aku cakap nak jumpa mak
Mak dengan akak aku masuk, diorang dah sedih-sedih
Sebabnya mak dan adik beradik aku takda yang bersalin secara pembedahan
Jadinya benda ni baru bagi diorang
Aku pun jadi sedih
Dah masuk dewan bedah, aku dibius dari pinggang ke bawah
Jadinya aku boleh dengar dan sedar la apa yang diorang buat
Tapi aku takkan rasa sakit
Pembedahan mula pukul 630, lebih kurang camtu la
Sejuk gila la...aku sampai menggigil dalam tu
Aku siap tanya doktor bius yang pegang kepala aku, lama lagi ke
Doktor cakap sikit lagi baby keluar
Aku dapat rasa perut aku ditekan-tekan untuk push baby keluar
Tapi tak sakit, hanya rasa je
Bila baby dah keluar, terus dengar dia menangis kuat...hehe..alhamdulillah..
Aku tanya doktor, perempuan ke
Dia cakap nanti dia tunjuk, nak bersihkan dulu
Tak lama lepas tu baby di bawa ke aku dan nurse tanya lelaki ke perempuan
Aku jawab perempuan..tapi baby belum bersih sepenuhnya
Pembedahan ni berlangsung sejam, lepas tu aku ditolak semula ke wad
Aku kena baring flat selama 6 jam,tak boleh minum air atau makan
Gilakah? aku dahla haus dan lapar tak makan sejam pagi
Lapar tu boleh tahan lagi tapi yang haus tu,memang tak tahan
Sampai kat wad, boleh dengar Sarah nangis kuat...haha
Sarah dah dibawa dulu ke wad..keluarga mertua pun ada datang
Pendek kata memang ramai la yang tunggu aku..hehe
Aku cakap kat suami nak tengok baby
Suami bawa baby dan dapat cium..kat dewan bedah tadi dapat juga cium sekali
Masa ni memang aku mamai dan mengantuk sangat
Walaupun ramai orang, tapi aku nak tertidur dah
Malam tu mujur la ada kawan aku kerja di hospital di wad yang sama
Dia yang bagi aku air...memang haus gila
Doktor cakap kalau aku tak muntah minum air kosong, nanti pagi esok boleh minum milo
Alhamdulillah..tak muntah

Dahla, sampai sini je la kot..aku tidur kat hospital untuk 2 malam lagi, 7 Sept baru keluar...paling kesian dekat suami kena tidur hospital temankan aku..tak selesa, sejuk...anak dah lahir baru ingat nak demam...hehe

2 comments:

rosy.lane said...

adoiyai....dah check2 kene czer jugak...
aku plk mintak czer...ngada tak tahan sakit...hehe

Ernie said...

tau takpe weh,asik nak check jalan je,dahla sakit..czer tak sakit masa bersalin,tapi lps tu hazab