Okay, hari ni nak cerita pasal susu ibu. Alhamdulillah aku masih menyusukan Sarah dan akan menyusukan dia seberapa lama yang dia nak. Walaupun mula-mula menyusukan dia memang mencabar, tapi sekarang takda masalah lagi. Awal-awal dulu sampai luka kat nipple, sakit gila bila dia hisap. Rasa nak nangis pun ada.
Semalam bawa Sarah ke klinik untuk monthly check up. Berat ok, lepas tu kena cucuk. Sarah tak nangis ok, kuat! Alhamdulillah tak demam juga. Sebulan lagi boleh la bagi dia makan solid food, sekarang tengah kumpul info-info berkaitan. Rasanya macam nak bagi dia makan makanan yang aku buat sendiri. Aku pun tak kerja kan, bolehla sediakan makanan untuk dia.
Habis mukadimah. Nak cerita pasal lain, melalut ke lain pulak. Camni, semalamkan bawa Sarah ke klinik, aku berdepan 2 situasi.
Situasi 1
Aku masuk bilik penyusuan untuk susukan Sarah. Tengah susukan tu, ada akak ni masuk nak susukan baby dia juga. Kitorang pun sembang-sembang. Anak dia 2bulan tapi berat 6.8kg, Sarah 5 bulan, baru 6.2kg. Lepas tu dia cakap ada kasik susu botol, tapi anak dia tanak. Aku tanya kerja ke, dia kata tak.
Situasi 2
Sedang tunggu giliran untuk dipanggil nurse, ada 2 perempuan dengan anak masing-masing kat belakang aku. Ok la, aku guna A dan B. Si A anak dia mungkin baru sebulan sebab dia masih pakai stokin, dalam pantang la agaknya. Si B anak dah besar, setahun lebih agaknya. Diorang pun sembang.Janganla cakap aku sibuk nak dengar diorang, dah duduk belakang aku, mestila aku dengar. Si A ni cakap anak dia tanak susu badan, nak susu botol je sebab memula dulu dah kasik susu botol, baby tolakla susu badan. Si B cakap 'senang la..'
Ok, sekarang aku nak komen pasal 2 situasi ni. Yang situasi 1 tu, kenapa kau nak bagi anak kau susu botol pulak. Kan kau tak kerja.Kawan aku yang bekerja beria-ia pam, simpan nak kasik anak minum susu ibu.Kau yang duduk rumah,nak kasik anak susu botol pulak. Why oh why??Tak nampak ke anak ko sedang membesar dengan jaya hasil susu kau? Ish, dia kata kalau kasik susu botol, bolehla tinggal sekejap-sekejap. Untuk kesenangan kau la kan?
Yang situasi 2 pulak, sama la dengan situasi 1 tadi. Kasik anak susu botol akan menyenangkan mak. Kenapa diorang ni takda kesedaran ke bahawa susu ibu paling bagus. Orang lain berebut-rebut nak kasik anak susu ibu siap invest untuk barang-barang untuk EBM yang bukan murah, yang bekerja curi masa nak pam susu, kau duduk rumah nak senang, nak kasik anak susu botol? Tak faham aku. Tiba-tiba aku pulak yang hangin.
Dah, nak cerita tu je. Tiba-tiba takda idea