Friday, August 10, 2012

Sahur

Alhamdulillah hari ni hari ke 21 kita semua berpuasa. Tahun ni merupakan tahun kedua aku berpuasa sebagai seorang isteri dan berpuasa bersama-sama dengan suami. Tahun lepas hanya beberapa hari je dapat berpuasa bersama dengan suami sebab masa tu kan aku tengah sarat mengandung, suami pun hantar aku balik kampung. Sebab dia takut kalau aku terbersalin kat highway...hehe. Tapi kita merancang, Allah yang menentukan. Sebulan aku bertunggu tangga kat rumah mak aku, baru la Sarah keluar...hehe

Cakap pasal sahur, sebenarnya aku bukan jenis suka bangun sahur pun. Masa kecik dulu rajin la sebab abah suruh. Bila dah masuk matriks dan uni, memang aku tak bangun sahur pun sampai la ke 3 tahun lepas. Masa tu aku bangun sahur tapi tak makan nasi pun. Makan nestum je. Tahun lepas pulak disebabkan aku tengah sarat mengandung, memang harus la kan aku bangun sahur. Kang takda tenaga pulak nak sampai ke berbuka. Tu pun petang dah tak berapa larat nak masak. Tapi tahun ni adalah paling berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni disebabkan aku menyusukan Sarah, maka memang wajib aku makan nasi untuk sahur. Kalau ikut suami aku, sahur roti pun ok je. Tahun ni buat pertama kalinya aku memasak di pagi hari untuk sahur. Tanpa gagal ok..hehe. Tapi bukan masak macam berbuka pun. Paling best nasi goreng je..hehe. Lain-lain lauk ayam goreng, telur goreng, telur dadar dan ikan bilis goreng. Tu je la yang aku tukar-tukar..haha.Sarah mula-mula je dia bangun sahur jugak tapi sekarang syok je dia tidur.

Untuk berbuka pulak, biasanya aku akan masak. Tak banyak lauk pun. 2 jenis je. Satu lauk dan satu sayur. Suami pun cakap cukup la tu. Very the simple kan suami ai. Tahun ni memang baru betul-betul rasa berpuasa bersama suami la. Dan anak..hehe.

Aku dok menghitung hari je sekarang bila nak balik kampung. Tak sabarnya nak sambut raya dengan keluarga. Tahun ni giliran beraya di kampung suami. Dah tahun lepas bertunggu tangga kat rumah mak aku sebulan sebelum raya lagi kan..hehe. Dan tahun ni beraya dengan Sarah untuk pertama kalinya..weee!


4 comments:

rosy.lane said...

hehe..aku adalah 5 kali terbabas bangun sahur...alamatnya...lauk malam masak untuk sahur berbuang begitu sahaja...mana yang boleh makan, panaskan baliklah...tapi, biasanya dipandang sepi.....

bestkan...raya dengan anak...hehe...aku tak boleh bayangkan....

Ernie said...

aku kalau terbabas sahur, tak tahu la larat ke tak nak puasa.kang kesian kat sarah takde susu.ko masak malam ke untuk sahur?aku kekadang yg kuah2 tu, aku masak lebih untuk sahur sekali.sebab kuah kan boleh panaskan.

Best beraya dgn anak.anak pulak dah beso.kalo baby,maybe leceh sikit la kan.ko nanti raya jugak dgn adelea kan.nanti ajar die mintak duit raye..hehe

wakgelas said...

dah nk masuk tahun ketiga nii.. iHHks

Anonymous said...

I just could not go away your website prior to suggesting that I really loved the standard info a person provide in your visitors?
Is gonna be again ceaselessly to investigate cross-check new posts

Feel free to visit my blog - meladerm