Aku ni tak habis-habis nak cerita pasal Sarah kan..apa nak buat, aku kan surirumah, kerjanya masak, jaga anak, jaga suami. Nak cerita pasal masak, aku bukan pandai masak pun, nak cerita pasal jaga suami, yang tu simpan sendiri sudah la, jadinya aku cerita la pasal anak. Anak pulak baru ada Sarah sorang, cerita pasal dia aje la. Lagipun nanti bila Sarah dah besar, mesti seronok bila aku baca balik cerita Sarah kat sini.
Sarah dah pun masuk 6 bulan, alhamdulillah aku masih breastfeed dia. InsyaAllah aku nak susukan dia sampai umur dia 2 tahun. Semoga dipermudahkan. aku takda makan apa-apa pun sebagai milk booster, dulu ada la sekejap konon-konon rajin minum air longan kering tu, lama-lama jadi malas. Cuma aku amalkan minum air masak banyak la. Tapi kalau breastfeed anak memang haus pun.
Sarah sekarang masih lagi tak boleh berenggang dengan aku. Kalau dia berjaga dan aku nak masak kat dapur, memang tak dapat la. Menangis je. Nak dukung dia sambil masak memang tak larat aih. Dah besar, dulu boleh la. Nak guna carrier, kalau aku letak kat depan, kang mercik pulak minyak panas, nak letak belakang, badan dia belum kuat lagi. Jadinya kena tunggu dia tidur, baru la boleh masak. Kalau dia tak tidur, jawapannya memang makan luar la.
Bila menangis dah pandai sebut 'Ma, mama'...haha.. Yang ni aku tak tahu la kebetulan atau pun memang dia dah boleh sebut. Tapi aku happy je sebab dah ada bunyi 'ma' tu... Suami, jangan jeles okay! Tapi bila menangis je la sebut camtu.
Oh, Sarah suka betul tengok trailer SeeFood kat tv..ha, bila keluar je iklan tu, terus berhenti kejap sebab nak tengok. Aku dan suami berasa macam nak bawak Sarah pergi tengok cerita tu kat wayang. Agak-agak dia behave tak dan tengok cerita tu sampai habis? Aku ni ha dah lama gila tak tengok wayang, ketinggalan sungguh. Breaking Dawn Part 2 pun dah nak keluar tapi yang Part 1 aku tak tengok-tengok lagi. Bila entah suami nak belikan dvd.
Okay la, dah tak tahu nak cerita apa lagi.
Wednesday, March 7, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Anak Dah Makan Pun Nak Tulis Kat Blog
Siapa tu? Aku la...haha. Biasa la excited lebih bila dah mula bagi anak makan. Lagipun untuk ingatan sendiri. Bukan satu keputusan mudah nak bagi anak makan ni. Kalau nak tahu, Sarah hampir nak diberi makan masa dalam pantang lagi sebab dia tidur sekejap-sekejap dan selalu menangis. Biasa la orang-orang tua, bila anak asyik menangis je, diorang kata lapar, tak cukup susu kena bagi makan. Tapi tak jadi sebab aku taknak beli makanan dia..haha. Tapi aku tak cakap la taknak, bila sampai kedai aku cakap nestum ni untuk 6 bulan ke atas ni. Mak aku iyekan je. Aku tak menipu mak kat sini kan...hihi
Sebelum ni kononnya aku berangan-angan nak bagi Sarah makan bubur yang aku buat sendiri. Tapi angan-angan tinggal angan-angan je la. Aku bagi dia makan Nestle Cerelac step 1. Semangat nak bagi dia makan, siap beli high chair. Maka dengan rasminya semalam Sarah dah mula makan untuk pertama kali...yeay! Aku cuak jugak kalau dia tak ready lagi nak makan tapi sangkaan aku meleset. Dia makan dengan berselera dan pandai telan tanpa luah balik apa yang disuap! Seronok sangat tengok dia makan. Anak mama dah besar rupanya, dah pandai makan. Tapi aku masih lagi bercita-cita nak bagi dia bubur yang aku buat sendiri.
Harapnya Sarah pun akan seronok makan dan membesar dengan baik..
Sebenarnya Sarah belum pun lagi masuk 6 bulan. Semalam dia baru 5 bulan 22 hari. Apa yang buatkan aku nak bagi makan ni ialah bila dia dah makin kerap menyusu. Jangan salah sangka kata aku terbeban pulak bila dia kerap menyusu cuma dia pun dah semakin besar dan aktif, maka aku fikir dia perlukan makanan sebagai pelengkap. Jadi aku rasa sudah tiba masa untuk bagi dia makan.
Harapnya Sarah pun akan seronok makan dan membesar dengan baik..
Thursday, February 9, 2012
Susu Ibu Kan Bagus
Okay, hari ni nak cerita pasal susu ibu. Alhamdulillah aku masih menyusukan Sarah dan akan menyusukan dia seberapa lama yang dia nak. Walaupun mula-mula menyusukan dia memang mencabar, tapi sekarang takda masalah lagi. Awal-awal dulu sampai luka kat nipple, sakit gila bila dia hisap. Rasa nak nangis pun ada.
Semalam bawa Sarah ke klinik untuk monthly check up. Berat ok, lepas tu kena cucuk. Sarah tak nangis ok, kuat! Alhamdulillah tak demam juga. Sebulan lagi boleh la bagi dia makan solid food, sekarang tengah kumpul info-info berkaitan. Rasanya macam nak bagi dia makan makanan yang aku buat sendiri. Aku pun tak kerja kan, bolehla sediakan makanan untuk dia.
Habis mukadimah. Nak cerita pasal lain, melalut ke lain pulak. Camni, semalamkan bawa Sarah ke klinik, aku berdepan 2 situasi.
Situasi 1
Aku masuk bilik penyusuan untuk susukan Sarah. Tengah susukan tu, ada akak ni masuk nak susukan baby dia juga. Kitorang pun sembang-sembang. Anak dia 2bulan tapi berat 6.8kg, Sarah 5 bulan, baru 6.2kg. Lepas tu dia cakap ada kasik susu botol, tapi anak dia tanak. Aku tanya kerja ke, dia kata tak.
Situasi 2
Sedang tunggu giliran untuk dipanggil nurse, ada 2 perempuan dengan anak masing-masing kat belakang aku. Ok la, aku guna A dan B. Si A anak dia mungkin baru sebulan sebab dia masih pakai stokin, dalam pantang la agaknya. Si B anak dah besar, setahun lebih agaknya. Diorang pun sembang.Janganla cakap aku sibuk nak dengar diorang, dah duduk belakang aku, mestila aku dengar. Si A ni cakap anak dia tanak susu badan, nak susu botol je sebab memula dulu dah kasik susu botol, baby tolakla susu badan. Si B cakap 'senang la..'
Ok, sekarang aku nak komen pasal 2 situasi ni. Yang situasi 1 tu, kenapa kau nak bagi anak kau susu botol pulak. Kan kau tak kerja.Kawan aku yang bekerja beria-ia pam, simpan nak kasik anak minum susu ibu.Kau yang duduk rumah,nak kasik anak susu botol pulak. Why oh why??Tak nampak ke anak ko sedang membesar dengan jaya hasil susu kau? Ish, dia kata kalau kasik susu botol, bolehla tinggal sekejap-sekejap. Untuk kesenangan kau la kan?
Yang situasi 2 pulak, sama la dengan situasi 1 tadi. Kasik anak susu botol akan menyenangkan mak. Kenapa diorang ni takda kesedaran ke bahawa susu ibu paling bagus. Orang lain berebut-rebut nak kasik anak susu ibu siap invest untuk barang-barang untuk EBM yang bukan murah, yang bekerja curi masa nak pam susu, kau duduk rumah nak senang, nak kasik anak susu botol? Tak faham aku. Tiba-tiba aku pulak yang hangin.
Dah, nak cerita tu je. Tiba-tiba takda idea

Subscribe to:
Posts (Atom)