Friday, January 13, 2012

Sarah Sudah 4 Bulan

5 haribulan lepas, genap la Sarah 4 bulan
Badan masih slim, tapi aktif..walaupun slim tapi takda masalah sebab kenaikan berat badan dia masih normal...mungkin ikut genetik ayah, makan ikut keperluan..kalau ikut mama, makan ikut nafsu...haha
Mak dengan akak aku kat kampung dah suruh bagi makan tapi aku taknak la, tunggu 6 bulan nanti baru bagi makan
Biar dia minum susu je sekarang
Setakat ni Sarah dah boleh meniarap tapi susahla nak tengok sebab dia taknak meniarap, boleh?
Aku taknak la kata anak aku malas sebab tak baik melabel anak

Perkembangan lain dia dah boleh capai barang (ni dah lama boleh), kepala pun dah boleh tegak, nak aku duduk dekat je dengan dia dan yang paling utama dah kenal orang
Setiap kali nak masak, memang cabaran betul
Aku dudukkan dia atas rocker dan letak kat dapur tengok aku masak pun, kadang-kadang menangis kuat gila
Kadang-kadang ok pulak, tapi sekejap je la
Sampaikan aku kena masak sambil dukung dia sebab dia taknak duduk atas rocker tu
Sebelah pegang dia, sebelah pegang sudip

Bab dah kenal orang tu pulak, memang bagus la sebab dia dah kenal siapa mama kan tapi bayangkan ayah dukung pun, menangis kuat-kuat sebab nak kat aku
Selagi aku tak ambil, selagi tu menangis
Nak-nak lagi kalau aku lalu-lalang depan dia tapi tak ambil dia
Memang dia hangin satu badan
Ajaibnya bila aku letak je tangan kat dia macam nak dukung, terus diam
Hebat tak aku?haha
Memang agak manja la dia dengan aku sekarang
Nak berkepit je, nak aku duduk dekat je dengan dia
Kalau jalan-jalan, ok je pulak ayah yang bawak dalam carrier

Seronok tengok keletah dan kerenah anak ni
Walaupun kadang-kadang bisa menaikkan darah aku bila dia nangis tak tentu pasal, tapi tu pengalaman sebagai mama
I love you baby!
Eh, i love you too suami! :p

4 comments:

rosy.lane said...

seram sejuk gak aku baca entry kau ni..sbb anak aku kat kampung....

Ernie said...

Aik,nape seram sejuk?aku tak paham.sedih ke?

rosy.lane said...

yela..aku tak jaga dia, balik pun bukan setiap minggu...takut jugak aku kalau aku balik dia taknak kat aku...ni yang seram sejuk...dahla mak aku cakap sekarang dah kenal orang..nak mak or ayah aku sentiasa ada dengan dia...kalau dia tak nampak orang, melalak....hehe

Ernie said...

Oo...baru aku paham nape ko seram sejuk..hihi

Ko kena la blk tetiap minggu..pastu stiap kali blk melekap je dgn die.insyaAllah die nak la dgn ko..

Anak ko mmg sebijik anak aku ni.nak aku dekat je dgn die..