Friday, April 24, 2009

Facebook-ing

Hari ni aku nak cerita pasal facebook..
Ada sapa-sapa yang tak tau pasal facebook ni?
kalau tak tahu,sila la tolong update diri anda sikit..
Benda ni dah famous sangat..
Tapi kalau lepas anda join dan lepas tu terkantoi dengan suami anda,sila jangan guna nama aku ye...(sambil jeling-jeling kat mirza)..ehem,ehem

Aku mula berkecimpung dalam facebook ni bila ek..
Lupa la..masa tu ada kawan aku tanya aku ada facebook tak..
Aku dah malu-malu sebab aku tak tahu apa banda yang dia cakap ni..
Aku pun tanya facebook tu apa..
Rupa-rupanya macam friendster..
Dari situ kawan aku pun invite aku untuk join facebook..

Sekarang ni hari-hari datang je opis,mesti aku bukak facebook..
Addict kah?hehehe
Mana taknya,banyak betul application dia..
Mula-mula macam tak berminat tapi sekarang macam best..hehe
Antara application yang aku guna ialah farm town,school vandals,pet society,fish wrangler dan mousehunt..
Banyak tak?hahaha...sshhh..sila jangan bagitau ceo aku ye..
Ok apa..dari aku takda keja nak buat,bila aku main benda-benda tu,maka masa aku pon terisi..hehehe
Betul tak mirza?Aku tahu,ko pasti menyokong aku dari depan dan belakang..kikiki

Bukan setakat games je yang ada dalam facebook,kuiz-kuiz pun ada..
Kadang-kadang aku layan la jugak walaupun kuiz tu banyak merepek je soalan-soalan dia..
Tapi bolehla layan untuk bagi hiburan kat aku yang bosan kat opis ni..

Akhir kata,jom la kita ramai-ramai join facebook..
Ceh,macam ramai je baca blog aku..
Terima la serangkap pantun dari aku

Hari-hari makan kacang peas,
Cicah dengan sambal belacan,
Kalau anda rasa bosan kat opis,
Main game facebook pun menyeronokkan

Sekian,terima kasih

No comments: