Wednesday, April 22, 2009

Penang tak best

Kejap je dah hari rabu..
Minggu depan boleh balik kampung!Yeay!
Boleh makan banyak-banyak macam mirza..hehehe
Cuti 4 hari..jadinya aku ada 3 hari untuk lepak-lepak kat rumah..
Hari isnin tu dah nak balik..
Pagi-pagi dah kena keluar rumah..
Nak balik jauh kan..selatan ke utara..
Bila la aku nak kerja dekat-dekat dengan johor
Bosan la duduk kat penang ni..
Dahla panas,makanan tak sedap..
Ada kena mengena tak dedua benda tu?hahaha

Lagi 1 aku perasan penang ni pelik..
Bayangkan diorang boleh buat kedai dekat rumah teres..
Apa la..tak faham betul..
Dah kurang ke bangunan rumah kedai kat sini sampaikan nak jugak jadikan rumah sebagai kedai..
Bukan setakat kedai,balai polis pon boleh..
Senang weh kalau rumah sebelah balai polis,confirm takda orang nak datang rompak..hehehe
Klinik pun ada..kalau demam,takyah susah-susah nak pegi klinik jauh-jauh..
Sebelah rumah aje...
Tak ke pelik tu?

Itu pasal rumah jadik kedai..
Ni pasal parking pulak..
Sistem parking penang pelik..
Selalunya aku perasan kat negeri-negeri lain,tukang collect duit parking tu mesti pakai uniform..
Jadinya nampak meyakinkan la kan kita nak bayar kat diorang..
Kat penang ni,yang tukang collect tu serabai gila..
Serius kau akan rasa macam "eh,btul ke diorang ni tukang collect duit parking"
Kadang-kadang diorang ni mintak lebih dari yang sepatutnya..
Katakan setengah jam 30sen,patutnya sejam 60sen la kan
Ni boleh pulak diorang cakap 80sen..
Aku pernah kena..tapi aku tanya la balik "eh,bukan setengah jam 30sen ke?"
Terus dia cakap 60sen je..
Tengok la,nampak sangat nak masuk poket sendiri..
Kalau nak tahu,parking kat penang ni kau kena bayar sampai pukul 10 malam..
Gila ke apa?
Biasanya kan sampai pukul 6@7@8,ni tak..sampai pukul 10..
Cekik darah betul..
Tolong la diorang ni buat sesuatu kat sistem parking ni..

Makanan kat sini pun tak sedap..
Aku rasa aku yang tak reti masak ni pun,kalau masak lagi sedap dari masakan diorang
ye,ye aku tau kenyataan tu melampau..tapi percaya la..
Duduk sini dan rasailah ketaksedapan makanan penang ni..
Aku tak faham napa orang cakap makanan penang sedap-sedap

Panjang pulak aku komplen pasal penang ni..
Tadi aku baca entry mirza..
Aku rasa aku ada bakat untuk jadi ahli nujum la..
Mungkin boleh buat part time job sebagai ahli nujum
Mirza,kalau ko tak bersalin normal,sila bayar aku sebab aku dah tolong kasik ko hint..
Tetiba jek...hahaha

2 comments:

Unknown said...

aku akan pastikan pintu aku terbukak luass... hahahahaha gilo pnye statement..

Ernie said...

laju btul ko komen..ke ko pon ahli nujum gak?hehehe

statement ko sgt kontroversi..ye..baik ko pastikan pintu tu terbukak luas..kalo tak...salah 1 bahana ialah kene bayar yuran perkhidmatan kat aku..ngehngeh